in ,

RFID : CARA DAFTAR,PASANG & GUNA

RFID

RFID : CARA DAFTAR,PASANG & GUNA

TOUCH N GO DAN SMART TAG AKAN DIMANSUHKAN SECARA BERPERINGKAT, BERI LALUAN UNTUK PELAKSANAANNYA

Bermula 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, di mana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021.

Menurut kenyataan tersebut, transaksi RFID adalah langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.

Baca Juga: CARA DAFTAR LALAMOVE : PERMOHONAN RIDER RAKAN PENGHANTAR 2022

APA ITU RFID?

RFID merupakan satu sistem pembayaran tol secara elektronik baru yang menggunakan pelekat untuk memudahkan akses tol. Pelekat ini yang juga dikenali sebagai tag RFID adalah cip frekuensi radio dalaman yang dilekatkan pada cermin depan atau lampu utama kenderaan.

Apabila kenderaan dengan tag ini melalui tol, pengimbas yang berada pada bahagian atas (overhead) akan membaca frekuensi radio pelekat ini. Manakala caj tol akan ditolak menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Uniknya tag ini hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan berdaftar sahaja.

RFID : CARA DAFTAR,PASANG & GUNA

CARA DAFTAR ONLINE

Berikut adalah antara langkah-langkah dan cara daftar secara online:

  1. Buka App/Aplikasi TNG eWallet anda.
    Pastikan anda download app/aplikasi TNG eWallaet terlebih dahulu di laman web rasmi Touch n Go : https://www.touchngo.com.my/.
  2. Tekan Menu (More).
  3. Tekan (RFID).
  4. Jika anda masih belum mempunyai RFID boleh tekan (Order RF.ID Tag).
  5. Anda akan dibawa ke Order.
  6. Tekan (+).
  7. Harga bagi 1 Unit ialah RM25.00. Dan kos Penghantaran RM4.00.
  8. Tekan (Buy Now).
  9. Masukkan Maklumat dan Alamat yang anda ingin dihantar.
  10. Buat Pembayaran.
  11. Jika anda sudah mempunyai RFID. Anda boleh tekan (Activate RFI.D Tag).
  12. Isi Maklumat dan Butiran anda yang diminta.
  13. Daftar Nombor Kenderaan anda.
  14. Masukkan Nombor Tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian.
  15. Buat Pengesahan dan Verifikasi.
  16. Selesai. Untuk pasang dan guna boleh rujuk di panduan di bawah.

Satu perkara yang perlu anda ketahui, buat masa ini pendaftaran tag ini hanyalah untuk kenderaan persendirian sahaja, iaitu seperti kereta, van, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap (kenderaan kelas 1).

Cara Pemasangan RFID Di Kereta

    1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu.
    2. Buka pelekat dan tampalkan.
    3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
    4. Daftar nombor siri dan masukkan maklumat kenderaan
    5. TNG R.FID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

VIDEO

Anda boleh ikuti Cara Pasang berdasarkan video berikut :

 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KEMASKINI BKM

KEMASKINI BKM : SECARA ONLINE 2022 BUJANG KEPADA BERKAHWIN DAN TAMBAH ANK

JAWATAN KOSONG PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM

JAWATAN KOSONG PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM