in

JAWATAN KOSONG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) -Mohon Segera!

JAWATAN KOSONG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

JAWATAN KOSONG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan RAC Perbadanan Aset Keretapi membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: CARA BAYAR SAMAN GUNA ATM : 5 Langkah Mudah Melalui Mesin Atm Maybank

PENGENALAN

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju

JAWATAN KOSONG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA – GRED J41
    Gaji: RM2,529 – RM9,643
    Kekosongan: 5
  2. PENOLONG JURUTERA – GRED JA29
    Gaji: RM1,549 – RM5,701
    Kekosongan: 4
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    Gaji: RM1,493 – RM5,672
    Kekosongan: 1
  4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN
    Kadar upah: RM72/sehari
    Kekosongan: 2
  5. JURUFOTOGRAFI
    Kadar upah: RM72/sehari
    Kekosongan: 1
  6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (UNIT HASIL)
    Kadar upah: RM72/sehari
    Kekosongan: 1
  7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (UNIT PENGUATKUASAAN)
    Kadar upah: RM72/sehari
    Kekosongan: 1
  8. PEMBANTU TADBIR (UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN HARTANAH)
    Kadar upah: RM54/sehari
    Kekosongan: 1
  9. PEMBANTU TADBIR (UNIT PENTADBIRAN)
    Kadar upah: RM54/sehari
    Kekosongan: 1

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki sekurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
    *Untuk senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 26 DISEMBER 2021, AHAD.

JAWATAN LAIN

JAWATAN KOSONG JABATAN KERJA RAYA (JKR) -Negeri Kedah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KEMASKINI BKM

KEMASKINI BKM : SECARA ONLINE 2022 BUJANG KEPADA BERKAHWIN DAN TAMBAH ANK