in

CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI): Panduan Check Statement Tabung Haji Atas Talian Guna ThiJARI

CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI)

CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI): Panduan Check Statement Tabung Haji Atas Talian Guna ThiJARI

Apa itu ThiJARI?

THiJARI adalah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada hari Rabu, 5 Februari 2020. Ini adalah platform dalam talian untuk perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan Tabung Haji seperti pemeriksaan status akaun, percetakan penyata akaun, pemindahan dana, perkhidmatan Haji dan TaHa Club.

CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI):

Berikut adalah cara log in ThiJari, syarat sebelum buat pendaftaran, dan cara untuk mendaftar yang akan dikongsikan sebelum kita pergi kepada cara untuk semak penyata Tabung Haji (ThiJari).

Cara Log In ThiJARI

  1. Pergi ke portal rasmi ThiJARI
  2. Kemudian pilih bahasa (BM/BI) pada bahagian atas mengikut kemudahan masing-masing
  3. Seterusnya pada bahagian ID Pengguna, masukkan ID Pengguna yang anda masukkan semasa proses pendaftran.
  4. Masukkan Kata Laluan tadi
  5. Klik Log Masuk
  6. Anda berjaya log in dan boleh lihat baki amaun Tabung Haji

Syarat untuk buat Pendaftaran ThiJARI Online

Sebelum buat pendaftaran, pastikan memenuhi dan ikuti syarat seperti dibawah:

  1. Sila kemaskini maklumat peribadi anda di mana-mana kaunter Tabung Haji terlebih dahulu
  2. Pastikan sudah mendaftar dengan nombor telefon bimbit kerana untuk penghantaran t&c
  3. Penting bawa buku akaun simpanan Tabung Haji dan kad pengenalan untuk proses pengesahan melalui ibu jari atau thumb print
  4. Tidak boleh wakil kepada orang lain, anda mesti pergi sendiri

Cara daftar ThiJARI untuk pengguna pertama kali.

  1. Layari portal rasmi ThiJARI
  2. Pilih bahasa (BM/BI) di bahagian atas
  3. Klik Daftar bagi pendaftaran pertama kali
  4. Masukkan no Kad Pengenalan, masukkan no Akaun Tabung Haji
  5. Kemudian klik Seterusnya
  6. Isi nombor untuk buat pengesahan t&c akan dihantar. Nombor telefon bertujuan untuk semakan nombor IC. no akaun Tabung Haji dan no telefon supaya tidak tertukar
  7. Selanjutnya isi maklumat yang diperlukan seperti username, password dan lain lagi yang diperlukan dengan tepat
  8. Semak semula maklumat tadi
  9. Dan klik terima Terma & Syarat jika sudah siap semak
  10. Pendaftaran secara online selesai
  11. Anda boleh log in semula dengan username dan password tadi

Itu sahaja, selamat mencuba.

Baca juga disini:

INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

Cara Transfer Maybank ke Tabung Haji (Melalui  maybank2u.com.my)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENDAFTARAN MEMPERBAIKI RESULT STPM

PENDAFTARAN MEMPERBAIKI RESULT STPM 2021 (ULANGAN)