in

PENDAFTARAN MEMPERBAIKI RESULT STPM 2021 (ULANGAN)

PENDAFTARAN MEMPERBAIKI RESULT STPM

PENDAFTARAN MEMPERBAIKI RESULT STPM 2021 (ULANGAN)

Majlis Peperiksaan Malaysia kini membuka pendaftaran untuk calon membaiki keputusan STPM 2021 secara atas talian.

Calon yang ingin membaiki keputusan STPM 2021 akan menduduki peperiksaan STPM 2022 pada peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.

Tarikh Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021

Pendaftaran bermula 22 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022

Baca Juga: SEMAK RESULT STPM 2021 (CARA CHECK ONLINE/SMS)

Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM

CARA MEMPERBAIKI KEPUTUSAN STPM

Terdapat 2 kaedah memperbaiki keputusan :

i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan
ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

Cara Pendaftaran Memperbaiki Result STPM

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut : https://daftarstpm.mpm.edu.my

1. Sistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun semasa yang memperbaiki keputusan.

2. Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.

3. Calon yang memperbaiki keputus4n akan menduduki peperiksaan semester 3, Ulangan 1 dan ulangan 2 pada peperiksaan STPM tahun semasa.

4. Pilihan kaedah memperbaiki keputusan:

(i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan

(ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

NOTA: Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan )

5. Calon hendaklah merujuk kalendar peperiksaan STPM tahun semasa pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup dan tarikh peperiksaan memperbaiki keputusan STPM.

6. Calon hendaklah mencetak / menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

7. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN

INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Laman web: https://www.mpm.edu.my/
Facebook : Majlis Peperiksaan Malaysia
Telefon : 0361261600
E-mel : [email protected]

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM.

Dengan sistem peperiksaan modul yang baru, di mana setiap semester akan diuji, gaya pembelajaran di Tingkatan 6 sama seperti gaya universiti. Level STPM adalah setara A-Level.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PANDUAN AKTIFKAN KAD DEBIT

PANDUAN AKTIFKAN KAD DEBIT (MAYBANK BANK ISLAM CIMB BSN PUBLIC BANK)

CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI)

CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI): Panduan Check Statement Tabung Haji Atas Talian Guna ThiJARI