in

SEMAK RESULT STPM 2021 (CARA CHECK ONLINE/SMS)

SEMAK RESULT STPM

SEMAK RESULT STPM 2021 (CARA CHECK ONLINE/SMS)

Panduan semakan keputusan STPM 2021 melalui dalam talian online melalui SMS dan beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk calon-calon menyemak keputusan STPM mereka. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan diumumkan nanti.

Seramai 92,964 pelajar mengambil peperiksaan STPM 2021 yang bermula pada 8 Mac lalu.Calon-calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 tengah hari, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Baca Juga : RESULT SPM 2021 (CARA SEMAK ONLINE DAN SMS)

KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN STPM

Kenyataan media tentang keputusan STPM oleh MPM adalah seperti berikut:

Putrajaya: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan diumumkan pada julai nanti, demikian menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka pada tarikh berkenaan mulai 12 tengah hari melalui semakan dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan menghantarnya ke 68886 mulai 11 pagi 1 Julai hingga 12 tengah hari pada 9 Julai ini.

“MPM juga akan menghantar keputusan ke emel calon pada 1 Julai mulai 11 pagi,” menurut kenyataan itu.

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet, MPM berkata Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah akan memaklumkan kaedah sesuai selepas golongan berkenaan dikenal pasti.

Seramai 47,008 calon menduduki STPM yang diadakan mulai 8 Mac lalu.

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM 2021

Terdapat 4 kaedah untuk calon semak result STPM 2021 yang bakal diumumkan.

i) SEMAKAN DI LAMAN WEB (Online)

Pertama, semakan keputusan penuh boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK

Semakan boleh dibuat mulai Julai pada jam 12 tengah hari.

ii) SEMAKAN SMS

Ringkasan keputusan STPM boleh disemak menerusi perkhidmatan SMS.

Untuk semakan SMS, sila taip :

STPM <jarak> No.KP <jarak> Angka Giliran

dan hantar ke 68886.

Semakan keputusan melalui SMS boleh dibuat mulai 11 pagi pada 1 hingga 9 Julai.

iii) SEMAKAN MELALUI E-MAIL

Keputusan calon juga akan dihantar MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai mulai jam 11 pagi (bagi calon yang memberikan alamat e-mel kepada MPM).

iv) SEMAKAN MANUAL

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet, MPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengenal pasti mereka dan memaklumkan kaedah sesuai mendapatkan keputusan berkenaan.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semakan keputusan STPM, sila rujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan berikut:

https://www.mpm.edu.my/en/

ATAU

Majlis Peperiksaan Malaysia

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 03-6126 1600

Faks : 03-6136 1488

E-mel : ppa[at]mpm.edu.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SOALAN CONTOH MUET

SOALAN CONTOH MUET 2022 : FORMAT TERKINI (SPEAKING READING LISTENING & WRITING)

KURSUS KAHWIN ONLINE

KURSUS KAHWIN ONLINE (CARA DAFTAR SETIAP NEGERI DI MALAYSIA)