in

ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

ZAKAT PENDAPATAN

ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

Zakat Pendapatan Iaitu zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi.

Baca juga disini: CARA MOHON ZAKAT SELANGOR PEDULI: Panduan Permohonan Bantuan Bagi B40

Di Malaysia, anda wajib langsaikan sebelum 31 Disember 2021 jika anda gaji, elaun, pendapatan anda setahun melepasi kadar yang telah ditetapkan dalam Islam atau cukup haul.

Seperti kita sudah maklum peratusan zakat yang dibayar adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan ataupun simpanan.

Cara Kiraan Zakat Pendapatan

a) Kaedah Tanpa Tolakan

Cara ini lebih mudah dan ringkas. Kita hanya perlu mengira jumlah pendapatan yang diperoleh.

Situasi: Aina memperoleh pendapatan sebanyak RM1,700.00 setiap bulan.

Cara Pengiraan :

Gaji bulanan = RM 17,00.00
Gaji tahunan = RM20,400.00 (RM1,700.00 x 12 bulan)
Jumlah zakat = 2.5% x RM20,400.00 (RM510.00 / tahun atau RM42.50 / bulan)

b) Kaedah Tolakan

Melalui cara ini, pengiraan zakat adalah berdasarkan jumlah pendapatan bersih iaitu selepas ditolak jumlah pelepasan zakat.

Pelepasan zakat ini sama seperti pelepasan cukai pendapatan. Kadar pelepasan zakat adalah berbeza bagi setiap negeri. Antaranya ialah:

  • Perbelanjaan asas diri sendiri
  • Nafkah isteri
  • Nafkah anak-anak
  • Pemberian kepada ibu bapa
  • Caruman KWSP
  • Caruman kepada institusi kewangan, koperasi dan sebagainya (membayar zakat bagi pihak pencarum atau pendeposit seperti Tabung Haji)

Situasi: Adam berpendapatan RM3,500.00 sebulan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Setiap bulan, beliau akan memberikan RM300.00 kepada ibu bapanya. Beliau juga membuat caruman KWSP sebanyak 11% (RM385.00). Malahan, beliau juga membuat simpanan di Tabung Haji sebanyak RM250.00.

Cara pengiraan:

Kadar nisab semasa = RM13,968.00
Jumlah pendapatan tahunan = RM42,000.00 (RM3,500.00 x 12 bulan)
Jumlah pelepasan zakat = RM28,220.00
*Diri sendiri = RM 11,000.00
*Isteri = RM3,000.00
*Anak = RM3,000.00(3 orang x RM1,000.00)
*Ibu bapa = RM3,600.00 (RM300.00 x 12 bulan)
*KWSP = RM4,620.00 (RM385.00 x 12 bulan)
*Tabung Haji = RM3,000.00 (RM250.00 x 12 bulan)

Jumlah pendapatan layak zakat = RM42,000.00 – RM28,220.00 = RM13,780.00
Jumlah zakat = 2.5% x RM13,780.00 (RM344.50 / tahun atau RM28.71 / bulan)

Kesimpulannya, jika pendapatan layak zakat (RM13,780.00) kurang daripada nisab yang ditetapkan (RM13,968.00), maka Ali tidak layak mengeluarkan zakat.

Cara Bayar Zakat Secara Onine Guna Maybank2u

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pilih PAY dan tekan NEW PAYEE
  3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
  4. Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat yang ingin dibayar.
  5. Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed
  6. Akhir sekali, klik ‘Confirm’

Butiran Lanjut

Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.

Anda boleh semak nisab tahunan zakat di https://www.zakat.com.my/info-zakat/arkib-nisab-tahunan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN BANJIR RM1000

BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY

PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY : SEMAK INFO BANJIR DAN JALAN DITUTUP