in

BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

BANTUAN BANJIR RM1000

BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

(SIDANG MEDIA PERDANA MENTERI) Berkenaan Perkembangan & Bantuan Mangsa Banjir Di Selangor, Kuala Lumpur & Negeri-negeri terlibat pada 19 Disember 2021.

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini mengumumkan, Kerajaan bersetuju bakal sediakan peruntukan awal RM100 juta kepada pasca banjir untuk baik pulih kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Dalam sidang media berikut,DS Ismail Sabri turut umumkan cuti kecemasan kepada kakitangan awam yang terkesan dengan banjir.

Baca juga disini: SMART SELANGOR PARKING SSP (cara dapatkan e-kupon parking selangor)

BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

PERMOHONAN BANTUAAN BANJIR

Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir Yang Diumumkan?

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Semua mangsa banjir boleh membuat permohonan bantuan ini dengan menghubungi Pejabat Daerah dan PPS masing-masing.

Ia juga sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.

Syarat Kelayakan

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Jumlah Amaun Kelayakan

  1. Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

*Tiada permohonan secara online.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:

  1. Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  2. Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  3. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 KEPADA MANGSA YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA BANJIR

 

BANTUAN BANJIR

BANTUAN BANJIR RM1000

CARA MOHON BANTUAN BANJIR

BANTUAN BANJIR RM1000

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR

Untuk info lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:

BANTUAN

Sumber : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386

Sumber : BERNAMA , Buletin TV3

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SMART SELANGOR PARKING SSP

SMART SELANGOR PARKING SSP (cara dapatkan e-kupon parking selangor)

ZAKAT PENDAPATAN

ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE