in

PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY : SEMAK INFO BANJIR DAN JALAN DITUTUP

PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY

PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY : SEMAK INFO BANJIR DAN JALAN DITUTUP

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia pada permulaan hujung tahun adalah musim tengkujuh bagi negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam masa inilah mungkin akan berlakunya banjir di negeri lain atau kawasan-kawasan rendah akibat daripada peningkatan paras air sungai.

Bagi yang belum tahu, anda sebenarnya boleh semak paras air sungai dikawasan anda secara online. Dengan buat semakan secara online ini anda dapat mengetahui sama ada ianya pada tahap normal, berjaga-jaga atau bahaya.

Baca juga disini: BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

PUBLICINFOBANJIR WATER GOV MY : SEMAK INFO BANJIR DAN JALAN DITUTUP

Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyediakan ciri ini supaya pengguna boleh menyemak paras air sungai melalui infobanjir yang dikongsikan kepada umum dari semasa ke semasa untuk sungai di seluruh Malaysia.

Berikut adalah merupakan cara semakan online:

  1. Layari laman Public InfoBanjir 
  2. Pada paparan utama klik pada Aras Air.
  3. Seterusnya anda boleh pilih negeri tempat anda tinggal dan klik River Level
  4. Kemudian akan dipaparkan Nama Stesen disetiap daerah beserta nama sungai.
  5. Terdapat nilai dan warna pada kolum River Level yang bermaksud paras air iaitu menunjukkan:

Warna Hijau – Paras air normal

Warna Jingga – Paras air berjaga-jaga

Warna Merah – Paras air bahaya

Sekiranya ianya telah menunjukkan paras air berjaga-jaga (warna jingga), anda boleh membuat persiapan sebelum apa-apa berlaku seperti banjir, air naik dan sebagainya. Jangan lupa bawa barang penting dan berharga

Butiran Lanjut

Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.

Orang ramai perlu berhati-hati dan tidak terlepas maklumat penting. Disana memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia:

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) InfoBanjir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ZAKAT PENDAPATAN

ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE

CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE : SEMAK BAKI/TRANSFER DUIT/BAYAR BIL