in

SPNB RUMAH MESRA RAKYAT 2022 (BORANG DAN CARA PERMOHONAN)

SPNB RUMAH MESRA RAKYAT

SPNB RUMAH MESRA RAKYAT 2022 (BORANG DAN CARA PERMOHONAN)

Untuk makluman kepada anda yang tergolong dalam kalangan yang pendapatan rendah dan yang tidak mempunyai kediaman sendiri atau yang memiliki kediaman sendiri tetapi sudah rosak dan usang serta daif tetapi memiliki tanah sendiri dan sesuai untuk bina rumah sendiri yang lebih baik, di sini terdapat satu skim bantuan daripada pihak kerajaan Malaysia khas untuk anda membina semula rumah baru dan lebih baik serta pada harga yang sangat murah.

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB. Anda boleh rujuk keterangan lebih jelas berkenaan dengan Bantuan RMR ini.

Apakah sebenarnya Bantuan RMR SPNB ini? Bagaimanakah Cara Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat? Dimanakah download borang?

Baca Juga : SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) : CARA PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN

APA ITU SPNB RUMAH MESRA RAKYAT?

Pelancaran program ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan yang disumbangkan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000. Jika menepati syarat, pihak SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

[NOTA]

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB 2022 MELALUI ONLINE SERTA BORANG.

1. Sila Klik Link Rasmi Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

: https://rmr.spnbonline.com.my/.

2.TEKAN ICON [PENDAFTARAN BARU].
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.

3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN.
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.

4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA.
Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.

5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE.
Isi maklumat ke dalam sistem.

6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE.
Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.

7. HANTAR BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB.
Sila Hantar borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

8. SELESAI.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Di bawah ini adalah Senarai Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan RMR SPNB ini.

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

PESANAN PENTING

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

CARA SEMAK STATUS KELULUSAN

  1. Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  2. Kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan.
  3. Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON YANG LULUS

  1.  Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  2. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  3. Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  4. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.

PELAN RUMAH MESRA RAKYAT TERKINI

Berikut adalah Pelan & Contoh Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB terkini :

Pelan & Contoh Semenanjung Malaysia

SPNB RUMAH MESRA RAKYAT

Pelan & Contoh Reka Bentuk Sabah, Sarawak & Labuan

SPNB RUMAH MESRA RAKYAT

HOTLINE BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT

Sebarang persoalan dan pertanyaan berkaitan dengan RMR SPNB ini, anda boleh hubungi hotline bantuan di bawah ini :

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: [email protected]

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA TUTUP/TERMINATE AKAUN ASB

CARA TUTUP/TERMINATE AKAUN ASB LOAN (MAYBANK,CIMB,RHB)