in

RUMAH MESRA RAKYAT 2022 : CARA DAN SYARAT PERMOHONAN

RUMAH MESRA RAKYAT 2022

RUMAH MESRA RAKYAT 2022 : CARA DAN SYARAT PERMOHONAN

Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibina bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah namun mempunyai tanah sendiri.

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS) pula dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR.

Baca Juga: eWALLET RM150 : CARA TEBUS RM150

RUMAH MESRA RAKYAT 2022

Syarat Kelayakan (RMR)

  • Mestilah seorang Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar seluruh isirumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Cara Permohonan (RMR)

  1. Layari laman sesawang Permohonan Rumah Mesra Rakyat.
  2. Kemudian klik pengguna baharu.
  3. Isi maklumat dengan lengkap.
  4. Hantar dan cetak borang permohonan
  5. Majukan dokumen dan borang permohonan ke Pejabat Cawangan SPNB ynag berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan

  1. Kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  2. Kad pengenalan pemilik tanah
  3. Kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  4. Geran pemilikan tanah terkini, dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah
  5. Slip gaji 3 bulan terkini atau dokumen seangkatan dengannya.
  6. Surat pengesahan tidak memiliki rumah, atau memiliki rumah usang.
  7. Surat kelulusan dari pemilik tanah.
  8. Surat nikah pemohon.
  9. Laporan laman web bercetak dengan gambar.

Info Tambahan

  • Surat pengesahan pendapatan / tiada pemilikan rumah / pemilikan rumah usang mesti disahkan oleh Ketua Kampung / Pemimpin / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk meminta dokumentasi tambahan berdasarkan keperluan, dari semasa ke semasa.
  • Format Surat Sumpah Sumpah dan Lawatan Tapak Foto yang disediakan oleh SPNB.
  • Syarat pemohon kedua adalah untuk tujuan mengambil insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) untuk tujuan pembayaran bulanan.

Tanggungjawab Pemohon

Berikut merupakan tanggungjawab pemohon apabila permohonan telah diluluskan:

Pemohon hendaklah menyediakan:

  1. Borang permohonan yang lengkap.
  2. Tapak cadangan termasuk jalan untuk pembinaan.
  3. Bekalan air dan elektrik.
  4. Sambungan utiliti setelah rumah selesai.
  5. Akaun bank untuk pembayaran bulanan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am) atau emel ke [email protected]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)

JAWATAN KOSONG SIRIM BERHAD

JAWATAN KOSONG SIRIM BERHAD – PELBAGAI JAWATAN MENARIK