in

SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA : CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN

SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA

SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA : CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN

Pihak Shopee telah perkenalkan shopee installment atau bayaran pembelian secara ansuran untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang tidak mampu untuk bayar secara cash.

Dengan kemudahan ini, pembeli boleh dapat barang terlebih dahulu dan perlu selesaikan baki bayaran tersebut secara ansuran selama yang telah dinyatakan sewaktu pembelian dibuat.

Baca juga disini: TUTORIAL DAFTAR JADI RIDER SHOPEEFOOD: Panduan Register Driver Shopee Food.

Apa itu SPayLater

SPayLater adalah kaedah pembayaran Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian oleh Shopee

Anda boleh beli secara direct atau bayar secara ansuran. Anda juga diberi pilihan untuk buat pembayaran balik selama 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan sedikit cas pemprosesan sebanyak 1.25% dari jumlah order.

Bagi pengguna SPayLater diberikan had berbelanja sebanyak had maksimum RM3000. Had ini berbeza bagi setiap pengguna kerana akan dilihat dari sudut jumlah perbelanjaan, corak pembelian di Shopee dan sejarah bayaran balik.

CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA

Cara Aktifkan SPayLater si Shopee

Berikut merupakan cara-cara mengaktifkan kaedah pembayaran melalui SPayLater di bawah:

  1. Buka aplikasi Shopee 
  2. Pergi bahagian Me > SPayLater
  3. Klik Activate Now
  4. Masukkan kod pengesahan yang dihantar di nombor telefon anda yang sudah didaftarkan
  5. Upload gambar MyKad dan masukkan butiran yang diperlukan
  6. Ambil gambar swafoto melalui facial verification
  7. Kini SPayLater anda sudah diaktifkan

Kadar Caj Bayaran Bagi SPayLater

Pengguna Shopee yang memilih BuyNowPayLater (BNPL) perlu bayar jumlah penuh pembelian mereka pada bulan berikutnya tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Tetapi bagi mereka yang memilih ansuran bulanan, perlu membayar yuran pemprosesan sebanyak 1.25% pada jumlah pesanan mereka setiap bulan.

SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA

Nilai pembelian minimum RM15 terpakai untuk anda memilih SPayLater sebagai pilihan pembayaran di platform dan nilai pembelian minimum RM1 untuk pembelian luar talian.

Itu sahaja yang ingin dikongsi, kami hanya memudahkan anda untuk mencari maklumat, jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk dibawah

Butiran Lanjut

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.