in

DERMS 2022 : PERMOHONAN SKIM DERMASISWA KOPERASI TENTERA

DERMS 2022

DERMS 2022 : PERMOHONAN SKIM DERMASISWA KOPERASI TENTERA

Permohonan Skim Dermasiswa kini dibuka sehingga 28 Februari 2022.

Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) untuk makluman bersama.

Baca Juga: CARA MOHON KAD VETERAN ATM ONLINE: PANDUAN DAFTAR AHLI BEKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Apa itu Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS 2022)

Skim Dermasiswa (DERMS) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat
sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.

Skim ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.

DERMS 2022

DERMS 2022 : PERMOHONAN SKIM DERMASISWA KOPERASI TENTERA

Syarat Kelayakan DERMS

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  6. Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
  7. Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT)

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka : 24 Januari 2022 (Isnin)
Tarikh permohonan ditutup : 28 Februari 2022 (Isnin)

Cara Permohonan

  1. Muat turun borang permohonan di https://bit.ly/3tT5Bh7
  2. Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (DERMS 2022).
  3. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  4. Bayaran dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini. Pastikan akaun tersebut masih aktif.
  5. Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  6. Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.

Borang Permohonan

Borang permohonan DERMS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turun
menerusi lawan web KT di www.katmb.com.my.

Permohonan Skim Dermasiswa kini dibuka sehingga 28 Februari 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

BKSS 8.0

BKSS 8.0 : INSENTIF BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2022