in

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022 : CARA CHECK SEKOLAH MANA YANG ANAK ANDA DAPAT UNTUK DARJAH 1

semakan penempatan tahun 1 2022

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022 : CARA CHECK SEKOLAH MANA YANG ANAK ANDA DAPAT UNTUK DARJAH 1

Telah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semakan penempatan bagi murid tahun 1 sesi 2022 telah di buka. Semakan ini bagi sekolah yang berada di Semenanjung Malaysia kecuali untuk sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka untuk semakan pada bulan November 2021.

Ibu Bapa boleh mulai membuat semakan untuk anak masing-masing bagi memudahkan sebarang urusan sama ada untuk kekal di sekolah yang diberikan ataupun membuat permohonan rayuan tukar ke sekolah lain.

Di bawah ini pihak ibu bapa boleh ikuti cara bagaimana untuk membuat semakan penempatan untuk anak anda bagi kemasukan darjah 1 sesi 2021.

Baca juga : CARA MEMOHON KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2022

CARA BUAT SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022

Berikut adalah Panduan Buat Semakan/Check Penempatan Sekolah untuk Murid Tahun 1 Sesi 2022 :

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Semakan Penempatan Sekolah Tahun 1 di bawah.

    Klik pautan ini : https://public.moe.gov.my/

  2. Pergi ke bahagian Daftar Masuk.

  3. Isi Nombor Kad Pengenalan Ibu/Bapa.

  4. Masukkan Kata Laluan/Password anda.

    Jika anda lupa kata laluan atau password anda sila tekan “Lupa Kata Laluan” dan ikuti arahan yang diberikan.

  5. Tekan Daftar Masuk

  6. Sila tekan pilihan Tahun 1 di bahagian Senarai Perkhidmatan Dalam Talian KPM

    Ibu Bapa boleh tekan pilihan Semakan Pendaftaran untuk membuat semakan penempatan murid darjah 1 sesi 2022.

  7. Sila tekan Semak Permohonan dan Rekod Permohonan

  8. Di bahagian Semakan Permohonan terpapar “Senarai Pelajar yang telah didaftarkan untuk tahun 2022/2023”.

  9. Sila Semak Butiran Anak anda.

    Ibu Bapa dinasihatkan untuk semak butiran anak anda. Check sama ada Nombor MyKid dan Nama anak anda adalah betul seperti di dalam sistem.

  10. Di bahagian Status akan di paparkan “PENEMPATAN SEKOLAH TELAH DITETAPKAN”

    Bermaksud anak anda sudah berjaya ditempatkan di sekolah yang telah diminta.

  11. Seterusnya, sila tekan icon “SEMAKAN”.

  12. Status Penempatan Murid Tahun 1 telah dipaparkan.

    Sila lihat di ruangan Sekolah Ditempatkan. Nama sekolah anak anda akan ditulis disini.

  13. Sila buat Pengesahan Penempatan Tahun 1 (Caranya di bawah artikel ini).

    Ibu bapa wajib membuat pengesahan ini bagi menyatakan bahawa pihak ibu bapa setuju untuk anak anda ditempatkan di sekolah tersebut.

CARA BUAT PENGESAHAN SEKOLAH DITEMPATKAN DARJAH 1 SESI 2022

Berikut adalah panduan kepada ibu bapa untuk membuat pengesahan penempatan apabila status sekolah ditempatkan telah ada. Rujuk panduan di bawah untuk buat pengesahan.

  1. Rujuk No 13 artikel di atas. Di Status Penempatan Murid.
  2. Sila tekan Pengesahan Penempatan di bahagian sekolah ditempatkan.
  3. Pada bahagian Tarikh Pengesahan akan bertukar menjadi “Telah Membuat Pengesahan Sekolah”.
  4. Sila klik Cetak Surat iaitu Surat Tawaran Penempatan.
  5. Pastikan anda print Surat Tawaran Penempatan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2022.
  6. Simpan Surat Tawaran anak anda untuk di bawa semasa pendaftaran pada tahun 2022.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM

Bagaimana jika saya tidak boleh log masuk kerana terlupa kata laluan?

Ibu bapa boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang anda telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

Adakah saya sebagai penjaga tunggal yang sudah berpisah dengan pasangan saya meletakkan maklumat seorang lagi penjaga sebagai “TIDAK DIKETAHUI “ dan “ TIDAK BERKENAAN “?

Tuan/Puan boleh melakukannya dengan syarat memaklumkan perkara ini kepada guru kelas anak jagaan tuan/puan.

Macam mana cara membuat Pengesahan Penempatan Murid Darjah 1?

Pihak ibu bapa boleh rujuk di dalam artikel ini. Pihak kami telah kongsikan cara yang selengkapnya.

2 Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH : CARA MEMOHON DAN SYARAT KEMASUKAN SBP UNTUK TINGKATAN 1 DAN 4 SESI 2022

cara print sijil digital vaksin

CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA & CARA DOWNLOAD SIJIL VAKSIN GUNA HP CEPAT DAN MUDAH