in , ,

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH : CARA MEMOHON DAN SYARAT KEMASUKAN SBP UNTUK TINGKATAN 1 DAN 4 SESI 2022

permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH : CARA MEMOHON DAN SYARAT KEMASUKAN SBP UNTUK TINGKATAN 1 DAN 4 SESI 2022

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 SBP Sekolah Berasrama Penuh KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2022 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada calon-calon atau mana-mana pemohon yang berkenaan.

Objektif Utama Kerajaan Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.

Sekolah Berasrama Penuh Menjadi Pilihan Berikutan kejayaan objektif yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap penubuhan Sekolah Berasrama Penuh, ianya menjadi pilihan kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di sana.

Permohonan SBP 2022 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Secara Online Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) akan membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kemasukan murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun pengambilan 2022. Berikut merupakan penyertaan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan SBP 2022 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tarikh Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 akan dibuka pada September 2021 dan ditutup pada Oktober 2021 Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup akan dikemaskini sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga : CARA BUAT TEMUJANJI PEJABAT POS

Berikut adalah cara memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2022 :

CARA MEMOHON PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2022

Permohonan ini adalah untuk kemasukan bagi Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4 sesi 2022. Di bawah ini adalah cara untuk memohon kemasukan ke SBP :

  1. UNTUK PERMOHONAN TINGKATAN 1 SILA MASUK KE LAMAN WEB DI BAWAH

    Untuk permohonan sila tekan portal rasmi ini : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm.
    Selepas itu, tekan “PERMOHONAN”. Buat masa ini sebarang permohonan masih lagi belum boleh dibuat sehingga dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dijangka akan dibuka pada September 2021 nanti.

  2. BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 4 SILA MASUK KE PAUTAN RASMI DI BAWAH

    Sila masuk ke pautan rasmi ini : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm?CFID=278193872&CFTOKEN=503a423c77a02af3-E0AD672C-5056-A2E7-7328B97127294B98.
    Sila tekan “PERMOHONAN”. Untuk makluman buat masa ini masih lagi tidak boleh memohon untuk kemasukan ke SBP dan dijangka pihak KPM akan membuka permohonan pada bulan September 2021.

Sistem Permohonan SBP bagi kemasukan tahun 2022 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan. Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan semua maklumat lanjut berhubung dengan Panduan Permohonan di dalam laman Sistem Permohonan SBP tersebut.

Di bawah ini adalah syarat kemasukan sekolah berasrama penuh bagi sesi 2022 :

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 SESI 2022

Berikut merupakan syarat bagi kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1 :

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2021.
  3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  4. Murid yang sihat tubuh badan.
  5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 SESI 2022

Di bawah ini merupakan syarat memohon kemasukan ke SBP untuk Tingkatan 4 :

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Merupakan murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2021.
  3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  4. Murid yang sihat tubuh badan.
  5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.

SOALAN LAZIM

Bilakah saya boleh memohon kemasukan ke SBP untuk anak Tingkatan 1?

Pada September 2021 permohonan kemasukan akan dibuka untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Bagaimana cara memohon untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh?

Anda boleh ikuti panduan yang disediakan di dalam artikel ini.

Apakah syarat kemasukan Sekolah Berasrama Penuh?

Terdapat 5 syarat utama untuk masuk ke SBP. Boleh lihat secara terperinci di dalam artikel ini.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    niat puasa hari asyura

    NIAT PUASA HARI ASYURA : AMALAN DAN KEBAIKAN HARI ASYURA 10 MUHARRAM 2021

    semakan penempatan tahun 1 2022

    SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022 : CARA CHECK SEKOLAH MANA YANG ANAK ANDA DAPAT UNTUK DARJAH 1