in ,

CARA BUAT TEMUJANJI PEJABAT POS UNTUK HIDUPKAN LESEN DAN ROADTAX

cara buat temujanji pejabat pos

CARA BUAT TEMUJANJI PEJABAT POS UNTUK HIDUPKAN LESEN DAN ROADTAX

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September ini.

Pihak JPJ dalam satu kenyataan menjelaskan, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di jalanan mulai 1 Oktober ini.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

Berikutan daripada pengumuman yang dibuat oleh pihak JPJ di atas, pihak Pos Malaysia menjangkakan pertambahan jumlah pelanggan dalam tempoh yang singkat akan berlaku. Jadi pihak pengurusan Pos Malaysia telah mengumumkan sebarang urusan yang berkenaan dengan JPJ mestilah dibuat temu janji secara online. Hal ini disebabkan bagi mengurangkan kesesakan yang akan berlaku akibat kehadiran pelanggan ke cawangan mereka bertambah dalam masa yang sama.

Usaha ini adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan Covid19 yang telah melanda negara kita. Jadi kepada pelanggan yang ingin membuat pembaharuan lesen dan roadtax boleh menempah temu janji mereka mengikut tarikh yang kosong secara online.

Di bawah adalah cara buat temujanji Pos Malaysia. Anda boleh ikuti langkah yang dikongsi dan boleh kongsikan artikel ini kepada sahabat atau keluarga yang ingin membuat urusan JPJ di Pejabat Pos.

Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh buat urusan JPJ di mesin Kiosk JPJ. Mudah je hanya menggunakan mesin sahaja. Jom semak lokasi mesin Kiosk JPJ yang berdekatan dengan anda : Senarai Mesin Kiosk JPJ Seluruh Negeri.

CARA BUAT TEMUJANJI PEJABAT POS

Berikut adalah cara buat temujanji di Pejabat Pos berdekatan anda. Untuk lebih mudah sila guna apps “Pos Malaysia” untuk membuat proses temujanji kerana jika buka melalui web akan berlaku kemasukan traffic yang tinggi. Jadi sila ikuti langkah dibawah bagi memudahkan anda :

  1. Sila masuk ke laman web : https://www.pos.com.my/ atau
  2. Jika ingin lebih mudah sila Download Apps “Pos Malaysia” di telefon anda.
  3. Jika anda menggunakan IOS sila tekan link ini untuk donwload apps “Pos Malaysia”: https://apps.apple.com/my/developer/pos-malaysia-berhad/id1325952008
  4. Jika anda menggunakan Android sila tekan link ini untuk download apps “Pos Malaysia”: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.pos.posmobile.posmobileapps
  5. Jika anda sudah memiiliki apps Pos Malaysia sila cari “Outlet Finder” atau jika anda menggunakan web cari pilihan “Outlet Finder” juga.
  6. Tekan “Outlet Finder”
  7. Sila pilih Negeri yang anda berada
  8. Sila pilih Cawangan Pejabat Pos yang berdekatan dengan anda
  9. Tekan Cawangan Pejabat Pos yang dekat dengan kediaman anda tadi
  10. Selepas itu, klik di tulisan biru “Book Your JPJ Service Appointment
  11. Masukkan Tarikh dan Masa yang anda ingin mahukan
  12. Selepas itu, isi Nama Penuh anda
  13. Isi Emel anda
  14. Dan isi Nombor Telefon anda
  15. Jika semuanya sudah betul dan tiada kesilapan sila Hantar permohonan anda. Submit atau Send
  16. Pastikan anda Simpan atau Save atau Screenshot Slip Resit Temujanji Pejabat Pos untuk ditunjuk kepada pegawai Pos Malaysia di cawangan yang anda hadir ketika tarikh yang anda pilih. (BUKTI)
  17. Jika anda sudah simpan atau save slip tadi temujanji Pejabat Pos anda telah Berjaya di buat.

Baca juga : Cara Membuat Semakan Cukai Tanah

SOALAN LAZIM

Bilakah tarikh akhir tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen memandu?

30 September 2021. Jadi pastikan anda renew lesen dan roadtax anda sebelum tarikh tersebut.

Bagaimanakah cara buat temujanji di Pejabat Pos?

Melalui website Pos Malaysia ataupun menerusi Apps Pos Malaysia. Jika anda tidak tahu caranya boleh rujuk di dalam artikel ini dimana pihak kami berkongsi cara buat temujanji Pejabat Pos.

Boleh ke saya walk in terus ke Pejabat Pos tanpa membuat sebarang temujanji?

Boleh dan Tidak Boleh. Jika untuk urusan JPJ anda wajib buat temujanji secara online terlebih dahulu. Jadi sila buat temujanji online Pejabat Pos dahulu bagi memudahkan urusan anda.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang masalah atau kemusykilan anda boleh hubungi atau merujuk kepada :

Laman web rasmi Pos Malaysia : https://www.pos.com.my/

Twitter Pos Malaysia Berhad : https://twitter.com/pos4you

2 Comments

Leave a Reply

    2 Pings & Trackbacks

    1. Pingback:

    2. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    semakan cukai tanah

    SEMAKAN CUKAI TANAH : CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE DI SELURUH NEGERI

    niat puasa hari asyura

    NIAT PUASA HARI ASYURA : AMALAN DAN KEBAIKAN HARI ASYURA 10 MUHARRAM 2021