in

SEMAKAN CUKAI TANAH : CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE DI SELURUH NEGERI

semakan cukai tanah

SEMAKAN CUKAI TANAH : CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE DI SELURUH NEGERI

Jika anda mempunyai tanah sendiri anda dikehendaki membuat pembayaran cukai tanah setiap tahun. Cukai ini akan dikenakan berbeza bagi setiap negeri masing-masing. Di sini anda boleh membuat semakan cukai tanah yang telah dikenakan kepada tanah anda sebelum membuat proses pembayaran. Pembayaran cukai ini adalah wajib kepada mereka yang memiliki tanah. Dan kadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan negeri yang anda miliki tanah tersebut dan nilai tanah anda miliki.

Sebelum itu, kenali dulu maksud cukai tanah di bawah :

PENGENALAN CUKAI TANAH

Cukai tanah adalah sejenis cukai yang dikutip kerajaan negeri untuk hartanah di Malaysia. Cukai taksiran atau cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh Majlis Perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Seterusnya, setiap cukai tanah dikira berbeza kadarnya. Ketahui lebih lanjut tentang kadar cukai tanah di bawah :

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH

Kadar bayaran cukai tanah adalah caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai. Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, sila pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

Sebelum anda ingin membuat pembayaran cukai tanah anda, anda seharusnya semak dahulu cukai tanah yang telah dikenakan kepada tanah milik anda. Di bawah adalah cara untuk anda buat semakan :

SEMAKAN CUKAI TANAH

Berikut adalah senarai laman web untuk semakan cukai tanah secara online bagi setiap Negeri di Malaysia :

NEGERISEMAKAN CUKAI TANAH
JOHORhttps://onlinepayment.johor.gov.my/
NEGERI SEMBILANhttps://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
PERAKhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
KUALA LUMPURhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-Awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
SELANGORhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search
PAHANGhttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
KEDAHhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
PENANGhttps://ebayar.penang.gov.my
MELAKAhttps://ebayar.melaka.gov.my
KELANTANhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/
TERENGGANUhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
PERLIShttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
SABAHhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my

Baca juga : Lokasi Kiosk JPJ Seluruh Negeri

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

Di bawah ini adalah cara-cara untuk anda bayar cukai tanah secara online :

  1. Sila lihat di senarai semakan cukai tanah di atas dan klik masuk di Negeri yang anda inginkan.
  2. Sebelum itu, jika anda belum lagi daftar pengguna pastikan anda mendaftar sebagai pengguna dahulu sebelum login masuk dengan tekan “Daftar”.
  3. Selesai daftar pengguna, sila login masuk ke laman web yang anda mahukan.
  4. Seterusnya klik pada “Semakan dan Bayaran Cukai Tanah”.
  5. Pilih sama ada anda ingin membuat semakan atau bayaran cukai tanah.
  6. Jika ingin membuat semakan cukai tanah sila klik Semakan.
  7. Jika ingin membuat bayar cukai tanah online sila klik Pembayaran.
  8. Ikuti semua dan isi semua maklumat jika diminta.
  9. Jika sudah selesai semakan anda boleh terus membuat pembayaran secara online.
  10. Selesai bayar cukai tanah online, sila cetak resit anda untuk tujuan rujukan anda.

Selain itu, anda juga boleh bayar cukai tanah melalui kaedah yang sedia ada seperti berikut :

  • Pembayaran di Kaunter PTGS
  • Pembayaran di Pejabat Daerah dan Tanah
  • Pembayaran di kaunter PBT
  • Pembayaran di Pejabat Pos Malaysia

Andai kata anda tidak dapat melakukan pembayaran melalui semua senarai cara bayar cukai tanah di atas anda juga boleh membuat bayaran cukai tanah menggunakan khidmat SMS. Caranya seperti di bawah :

CARA BAYAR CUKAI TANAH MELALUI SMS

Berikut adalah panduan membuat bayaran melalui SMS :

  1. Sila Taip : PTGS CUKAI 70844300606682
  2. Contoh Paparan: PTGS CUKAI 70844300606682
  3. RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 70844300606682 untuk 2020 berjumlah RM 115.70 yang perlu dijelaskan.
  4. Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20.

SOALAN LAZIM

Bagaimana cara buat semakan cukai tanah?

Boleh dilakukan melalui kaunter dan juga online. Jika online boleh rujuk cara-caranya di dalam artikel ini.

Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Ya perlu. Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Bilakah tarikh bayar cukai tanah?

Pada tanggal 1 Januari sehingga 31 Mei untuk setiap tahun.

Bagaimana saya ingin tahu kadar cukai tanah untuk setiap tanah yang saya miliki?

Melalui semakan menerusi online atau pun pejabat tanah. Jika ingin tahu caranya sila ke artikel ini untuk panduan penuh cara semakan cukai tanah seluruh Negeri.

3 Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara renew roadtax di pejabat pos

CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS TARIKH BUKA 9 OGOS 2021

cara buat temujanji pejabat pos

CARA BUAT TEMUJANJI PEJABAT POS UNTUK HIDUPKAN LESEN DAN ROADTAX