in ,

CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS TARIKH BUKA 9 OGOS 2021

cara renew roadtax di pejabat pos

CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS TARIKH BUKA 9 OGOS 2021

Cara renew Roadtax dalam situasi pendamik Covid-19.JPJ telah memaklumkan bahawa tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021. Ini kerana aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini. Anda perlu memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut. Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.

Antara berikut merupakan tindakan yang perlu anda lakukan jika renew roadtax di Pejabat Pos :

  • Sila buat semakan tarikh tamat tempoh insurans dan roadtax anda.
  • Anda perlu bawa dokumen geran kenderaan semasa proses renew roadtax.
  • Sila check juga saman pada kenderaan anda,jika ada anda perlu selsaikan saman dahulu.
  • Anda juga perlu semak harga pasaran kenderaan anda bagi tujuan insurans.

SYARAT RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

Syarat untuk renew roadtax di Pejabat Pos adalah :

  • Anda boleh pilih untuk renew selama 6 Bulan atau untuk 1 tahun.
  • Kenderaan anda perlu mempunyai tempoh perlidungan bagi tempoh 6 Bulan atau 1 tahun.
  • Boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa 2 bulan.
  • Bagi kes pemilik telah meninggal dunia,anda hanya dibenarkan renew roadtax dalam tempoh 6 bulan sahaja dalam tempoh tidak lebih 5 tahun. Jika lebih 5 tahun, anda perlu dapatkan kelulusan.
  • Bagi kes kenderaan yang telah luput roadtax lebih setahun, kenderaan perlu jalani dan lulus pemeriksaan Puspakom.

Di bawah ini pihak kami kongsikan cara untuk anda renew roadtax di Pejabat Pos.

Baca juga : Lokasi Kiosk JPJ seluruh Negeri Semenanjung Malaysia untuk urusan berkaitan perkhidmatan JPJ

CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Sila pastikan anda memenuhi syarat renew roadtax (Lihat di atas syaratnya)
  2. Sila bawa dokumen diperlukan
  3. Sila ke Pejabat Pos yang berdekatan dengan anda
  4. Sila ambil nombor giliran
  5. Tunggu sehingga nombor giliran anda di panggil
  6. Jika nombor giliran anda sudah dipanggil sila ke kaunter untuk renew roadtax anda
  7. Sila buat bayaran kepada Pegawai Kaunter
  8. Pegawai Kaunter bagi salinan roadtax kepada anda
  9. Urusan anda selesai!

SOALAN LAZIM

Bila boleh renew roadtax di Pejabat Pos semasa PKP ini?

Pejabat POS Malaysia dijangka akan memulakan urusniaga JPJ bermula 9 Ogos 2021.

Bagaimana cara renew roadtax di Pejabat Pos semasa COVID19?

Pastikan anda mematuhi SOP dan lihat tarikh buka urusniaga JPJ di buka dan lihat caranya di dalam artikel ini.

Apakah syarat untuk renew roadtax di Pejabat Pos?

Syarat-syaratnya anda boleh lihat di dalam artikel ini.

Adakah dibenarkan renew roadtax di Pejabat Pos jika pemilik tidak hadir?

Boleh.

MAKLUMAT LANJUT

Sila layari laman web Pejabat Pos : https://www.pos.com.my/

Hubungi HQ Pejabat Pos :

Pos Malaysia Berhad (HQ),

Dayabumi Complex, 50670 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Tel: +603 2267 2267

Operational hours: Mon – Fri: 8.00am – 5.30pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lokasi kiosk jpj

LOKASI KIOSK JPJ NEAR ME DI SELURUH NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA (UTC,PUTRAJAYA,KUALA LUMPUR,JOHOR,PERAK,PULAU PINANG,KEDAH,MELAKA,PAHANG,KELANTAN DLL)

semakan cukai tanah

SEMAKAN CUKAI TANAH : CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE DI SELURUH NEGERI