in

SEMAKAN KEMASUKAN MRSM SESI 2022/2023 DAN PERMOHONAN RAYUAN

SEMAKAN KEMASUKAN MRSM

SEMAKAN KEMASUKAN MRSM SESI 2022/2023 DAN PERMOHONAN RAYUAN

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2022 dan panduan pendaftaran boleh dibuat mulai Rabu, 9 Mac 2022.

Perkara itu diumumkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi satu kenyataan pada Selasa, 8 Mac 2022.

Calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan MRSM dalam tempoh 7 hari.

Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan secara online adalah dibuka bermula 9 Mac sehingga 16 Mac 2022.

Berikut dikongsikan pautan semakan online dan cara untuk membuat semakan kemasukan MRSM atas talian.

Baca Juga: SOALAN CONTOH UKKM MRSM 2022 (UJIAN KEMASUKAN MRSM)

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM SESI 2022/2023

Cara membuat semakan keputusan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah dengan langkah berikut:

1.Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah

2.Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
3.Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
4.Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
5.Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

TARIKH PENDAFTARAN MRSM SESI 2022/2023

Tarikh pendaftaran pelajar ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah pada 11 April 2022.

RAYUAN KEMASUKAN MRSM SESI 2022/2023 

Bagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka pada 9 Mac hingga 16 Mac 2022 secara dalam talian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2022.

Cara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:

1.Login dan buat semakan keputusan di pautan

2.Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online
3.Jika tiada butang rayuan, maksudnya:

  • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
  • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
  • *Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

MRSM menawarkan enam program iaitu

  1. MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  2. MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
  3. MRSM Ulul Albab
  4. MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
  5. MRSM Premier
  6. MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022

Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022 di bawah:

Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 9 Mac 2022.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjtunya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambila adalah:

1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran

2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Deklarasi Covid-19, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.

4. Membuat bayaran yuran pendaftaran bermula 19 Mac 2022 sehingga sebelum hari pendaftaran

Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 April 2022.

Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan.
Sekiraya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
Telefon : 03-2613 2000
Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAFTAR BOOST MERCHANT 2022

DAFTAR BOOST MERCHANT 2022 : CARA REGISTER AKAUN UNTUK KEDAI/PERNIAGAAN

JAWATAN KOSONG TENAGA NASIONAL BERHAD

JAWATAN KOSONG TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)