in

PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN 2022 : BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA RM3000

PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN

PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN 2022 : BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA RM3000

Bantuan khas Kepada usahawan yang terjejas akibat banjir,TEKUN Nasional telah memperkenalkan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM). Permohonan bantuan geran ini telah mulai dibuka. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

Baca Juga: PINJAMAN TEKUN : MOHON PINJAMAN TEKUN MIKRO DAN INFORMAL SEHINGGA RM10000

APA ITU BBKM TEKUN

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) Tekun adalah Bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

MAKSUD PERNIAGAAN INFORMAL DAN MIKRO

Perniagaan informal adalah perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
Perniagaan mikro adalah perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

  • Geran ini disediakan untuk
  • Perniagaan informal – iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Perniagaan mikro – iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum
  • Premis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022
  • Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.

KADAR GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan individu
  2. Salinan Penyata bank individu
  3. Salah satu daripada laporan berikut:
    Laporan Polis / Bomba / NADMA / Agensi MEDAC / Pemimpin Tempatan / Penghulu / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan

TARIKH PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

  • Permohonan geran BBKM tekun mulai dibuka sekarang dan tertakluk kepada baki dana.

CARA PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan permohonan dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm
  2. Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara
  3. Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, anda boleh merujuk:

Soalan lazim (FAQ)
Kunjungi cawangan TEKUN

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA TERMINATE/TUTUP AKAUN ASTRO

CARA TERMINATE/TUTUP AKAUN ASTRO