in

CARA TERMINATE/TUTUP AKAUN ASTRO

CARA TERMINATE/TUTUP AKAUN ASTRO

CARA TERMINATE/TUTUP AKAUN ASTRO 

Pada masa kini kebanyakan orang akan menggunakan perkhidmatan astro. Sekiranya anda berhajat untuk terminate langganan astro anda disebabkan perlbagai kekangan yang dihadapi, mesti anda ingin mengetahui caranya.

Sekiranya anda hendak menamatkan langganan ASTRO, anda perlu melakukannya dengan cara yang betul kerana segelintir pelanggan mendakwa masih menerima bil walaupun telah berhenti melanggan. Bagaimana cara untuk terminate perkhidmatan astro? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Baca Juga: CARA TUKAR ASTRO KE NJOI SECARA ONLINE: Panduan Convert Dengan Mudah Atas Talian

CARA HENTI LANGGANAN ASTRO

Terdapat 2 Cara untuk Menamatkan Perkhidmatan Astro:

Kaedah Pertama: Tamatkan Melalui Panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan
Cara terpantas dan termudah ialah membuat panggilan anda sendiri ke Pusat Khidmat Pelanggan dan bercakap dengan pengendali yang bertugas.

1. Dail nombor ini 03-9543-3838

2. Selepas berjaya bercakap dengan pengendali, sila ikuti langkah berikut:

  • Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
  • Semak baki pembayaran bil ASTRO anda
  • Dapatkan tarikh pengebilan ASTRO seterusnya
  • Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
  • Bayar baki bil anda (jika ada)

3. Maklumkan pengendali niat anda untuk menamatkan langganan akaun

4. Selepas itu tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan

5. Jika selepas 24 jam akaun anda tidak ditamatkan, sila hubungi ASTRO sekali lagi untuk menyemak status

CARA TERMINATE/TUTUP AKAUN ASTRO 

CARA TERMINATE ASTRO MELALUI E-MAIL

Untuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan professional.

Pastikan anda memasukkan butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar ke pihak ASTRO:

  • Alamat emel: [email protected]
  • Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
  • Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
  • “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
  • Sertakan butiran akaun ASTRO
  • Nama pemilik akaun
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor akaun ASTRO
  • Alamat
  • No telefon
  • Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera

Maklumat lanjut
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penamatan ASTRO, sila lawati halaman FAQ ASTRO.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN

PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN 2022 : BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA RM3000