in , ,

CARA TUTUP AKAUN ASTRO ONLINE

cara tutup akaun astro online

CARA TUTUP AKAUN ASTRO ONLINE

Seperti anda ketahui sekarang pada tahun 2021/2022 kebanyakan pelanggan astro sudah mula beralih arah ke platform lain disebabkan terdapat pilihan yang mereka boleh langgan. Tidak seperti tahun sebelum ini di mana hanya Astro sahaja yang boleh mereka pilih serta siaran dan signal di rumah boleh di lihat dengan jelas.

Disebabkan kewujudan aplikasi terutamanya Netflix menyebabkan pelanggan Astro mula beralih arah ke arah aplikasi tersebut kerana terdapat beberapa ciri yang menarik yang tiada di Astro. Oleh sebab itu, mereka yang sebelum ini melanggan Astro akan tutup akaun Astro ataupun terminat Astro mereka dan melanggan aplikasi yang semakin banyak pilihan.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara batalkan langganan Astro. Sebelum itu, terdapat banyak cara untuk anda tutup akaun antaranya adalah cara terminate astro melalui email, melalui surat terminate dan pembatalan akaun astro, dan melalui astro termination hotline.

Baca juga : CARA GUNA DAN ISI SABAH PAY ONLINE

CARA TUTUP AKAUN ASTRO ONLINE

Berikut merupakan cara batalkan langganan Astro secara online :

  1. Sila emel kepada Wecare Astro. Alamat emel sila lihat dibawah ini.

    Anda dikehendaki menggunakan emel untuk membuat permohonan pembatalan akaun Astro secara online. Sila emel kepada : [email protected].

  2. Anda dikehendaki menulis emel mengikut format seperti di bawah.

    Subject: PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: XXXXXXX).
    Kandungan: Dalam kandungan pastikan anda masukkan maklumat peribadi anda seperti ini :
    1. Maklumat Tutup Akaun Astro.
    2. Nama Penuh Pemilik.
    3. Nombor Kad Pengenalan Pemilik.
    4. Nombor Akaun Astro.
    5. Alamat.
    6. Jumlah Bil Akhir Astro.

  3. Bila Emel anda sudah siap ditulis sila send kepada alamat Emel di Step 1 tadi.

  4. Tunggu hingga pihak Astro membalas permohonan tutup akaun anda.

  5. Jika mendapat emel balas dari pihak Astro dan memberitahu termination Astro akaun anda berjaya.

Di bawah ini adalah contoh email cara terminate Astro melalui email :

CONTOH EMAIL CARA TUTUP AKAUN ASTRO ONLINE

Di bawah ini adalah contoh surat terminate Astro atau contoh email terminate Astro.

Subject: PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: XXXXXXX).

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan Astro.
Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Astro ini:
Nama penuh:

Nombor Kad Pengenalan:

Nombor akaun Astro:

Alamat:

Disini saya sertakan bil terakhir astro saya(serta Bil Di Lampiran). Mohon pihak Tuan membuat penamatan Astro ini dengan segera.

Segala kerjasasama Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumbalas, sila hubungi saya di talian XXX-XXXXXXX

Terima kasih.

CARA BATALKAN LANGGANAN ASTRO TERMINATION HOTLINE

Berikut merupakan Astro termination hotline yang anda boleh membuat permohonan batalkan langganan Astro anda.

  1. Sila telefon Astro Termination Hotline di nombor ini : +603 9543 3838.
  2. Sila pilih Bahasa anda. Jika Bahasa Melayu sila tekan nombor yang dibagitahu.
  3. Sila buat pilihan anda di bawah :
  4. Tekan 1 – Reconnection Request
  5. Tekan 2 – Bill & Payment
  6. Tekan 3 – Package, Product and Service
  7. Tekan 4 – Technical Assistance and Installation
  8. Tekan 5 – GST Related Enquiries
  9. Sila pilih pilihan Tekan 3 atau Tekan 4.
  10. Sekarang anda boleh bercakap dengan pegawai Hotline Astro.
  11. Customer service akan minta pengesahan sebelum meneruskan urusan penutupan akaun. Antara soalan pengesahan yang ditanya ialah seperti; alamat decoder dipasang, email, cara bayaran bil bulanan dan no kad pengenalan.
  12. Selepas pengesahan berjaya baru customer service akan bacakan sejarah kita bersama Astro. Tahun mula melanggan, pakej semasa kita langgan dan jumlah tunggakan jika ada.
  13. Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminate Astro anda.
  14. Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan. Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.

CARA TERMINATE ASTRO DI CENTRE

  1. Pergi ke Astro Centre yang berhampiran anda.
  2. Pastikan anda pemilik yang berdaftar dengan astro.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil.
  4. Maklumkan kepada pegawai astro berkenaan anda ingin tamatkan langganan Astro
  5. Pegawai Astro akan buat notis penamatan perkhidmatan selama 30 hari dari tarikh hari ini Ini bermakna, kalau anda terminate hari ini, ia tidak betul-betul ditamatkan. Anda masih lagi perlu tunggu 30 hari.
  6. Maklumat pembayaran akan dicetak dan diberikan kepada anda. Bayaran boleh dibuat melalui kiosk bayaran Astro di dalam premis berkenaan.
  7. Berikan resit pembayaran yang telah selesai kepada pekerja Astro tadi di kaunter, simpan resit untuk rujukan.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Untuk pertanyaan dan mendapat maklumat lebih tepat, pihak anda boleh hubungi :

Laman web rasmi Astro : https://www.astro.com.my/

Twitter Astro : https://twitter.com/astroonline?lang=en

Facebook Astro : https://www.facebook.com/Astro

Macam mana kalau saya nak batalkan langganan Astro saya secara online?

Pihak anda boleh melakukan secara online dengan menghantar Emel kepada pihak Astro. Anda boleh rujuk di dalam artikel ini untuk contoh email terminate Astro.

Adakah saya boleh terminate Astro jika masih dalam kontrak?

Boleh sahaja tetapi mesti ada sebab dan alasan yang kukuh. Boleh hubungi hotline untuk cara tutup akaun astro. Dapatkan nombor Astro Termination Hotline di dalam artikel ini.

3 Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *