in

PAKEJ PERANTISISWA 2022 : PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40

PAKEJ PERANTISISWA

PAKEJ PERANTISISWA 2022 : PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40

Kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia supaya dapat menggunakan peranti tersebut dalam pembelajaran sehingga selesai tempoh pengajian. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

Baca Juga: CLAIM EPEMULA RM150 (CARA TEBUS BANTUAN KREDIT E-WALLET UNTUK BELIA)

APA ITU PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Pakej ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Tawaran ini membantu Pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet bagi tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

SYARAT KELAYAKAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  • Mahasiswa warganegara Malaysia
  • Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  • Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  • Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

TARIKH PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA 

  • Permohonan PerantiSiswa mula dibuka pada 15 April 2022 mulai jam 8 pagi.

KADAR HARGA PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

  • Harga bagi peranti ini adalah RM800 setiap tablet.

CARA PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan laptop tablet percuma pelajar ipt b40 (perantisiswa), anda boleh melayari website rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkmm.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CLAIM ePEMULA eSTART

CLAIM ePEMULA eSTART (CARA TUKAR KREDIT KEPADA TUNAI)

RESULT SPM 2021

RESULT SPM 2021 (CARA SEMAK ONLINE DAN SMS)