in

CLAIM EPEMULA RM150 (CARA TEBUS BANTUAN KREDIT E-WALLET UNTUK BELIA)

CLAIM EPEMULA

CLAIM EPEMULA RM150 (CARA TEBUS BANTUAN KREDIT E-WALLET UNTUK BELIA)

Kerajaan telah mengumumkan sebuah lagi program e-wallet untuk belia melalui program ePemula @ eStart menerusi pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.

Inisiatif akan menerima peruntukan sebanyak RM300 juta melibatkan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa.

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.

Baca Juga: PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)

SYARAT KELAYAKAN EPEMULA

Apakah syarat kelayakan bagi claim epemula ewallet?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-20 tahun
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

CARA PERMOHONAN EPEMULA EWALLET

Bagaimanakah cara memohon epemula ewallet?

Setakat ini, Kementerian Kewangan Malaysia masih belum memperincikan cara untuk memohon dan tarikh bagi mendapatkan ePemula ini. Kami jangkakan ianya akan mula dilaksanakan pada pertengahan 2022 sepertimana bantuan e-Wallet 2021 tahun sebelumnya.

Namun, belia yang ingin membuat permohonan perlu mendaftar di salah satu aplikasi penyedia e-Wallet sama ada BigPay, Grab Pay, Shopeepay dan Touch ‘n Go.

CARA DAFTAR BIGPAY

  • Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
  • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBeli.
  • Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.
  • Masukkan semua maklumat diri dengan lengkap untuk proses verifikasi.
  • Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150 jika program ini sudah dimulakan.

CARA DAFTAR SHOPEEPAY

  • Pemohon perlu memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.
  • Aktifkan ShopeePay bagi yang sudah mempunyai akaun Shopee.
  • Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
  • Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  • Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
  • Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

CARA DAFTAR TOUCH N GO EWALLET

Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet melalui:

  • Google Playstore : KLIK SINI
  • Apple App Store : KLIK SINI
  • Hanya SATU (1) ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU(1) akaun TNG eWallet.
  • Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU (1) nombor mudah alih yang unik.
  • Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.
  • Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  • Setelah berdaftar, pemohon boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

CARA TEBUS EPEMULA EWALLET

Macam mana cara tebus epemula ewallet?

Bagi kaedah penebusan pula, pihak kami menjangkakan ianya akan dikreditkan melalui aplikasi berikut:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Shopeepay
  • Grab Pay
  • BigPay

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CLAIM ePEMULA eSTART

CLAIM ePEMULA eSTART (CARA TUKAR KREDIT KEPADA TUNAI)