in ,

i CERIA KWSP : PERMOHONAN ONLINE 2022

i CERIA KWSP

i CERIA KWSP : PERMOHONAN ONLINE 2022

KENYATAAN MEDIA PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

  1. Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
  2. Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
  3. Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
  4. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
  5. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
  6. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
  7. Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
  8. Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
16 MAC 2022

Baca Juga: PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)

Sumber Artikel : https://www.pmo.gov.my/2022/03/kenyataan-media-berkaitan-pengeluaran-khas-kwsp-rm10000/.

Baca Juga: PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 DAN 2 : SYARAT DAN JENIS PENGELUARAN

 

PERMOHONAN I CERIA KWSP 2022

Bagaimanakah cara buat permohonan i Ceria KWSP 2022?
Anda boleh rujuk di dalam artikel ini.

Untuk makluman anda, permohonan i Ceria KWSP RM10,000 masih belum dibuka dan pihak kami akan hebahkan kepada anda info dan maklumat awal tentang pembukaan permohonan ini di Channel Rasmi Info Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia. Untuk info Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 sila join channel telegram tersebut.

SEMAKAN I CERIA KWSP 2022

Macam mana nak buat semakan atau check i Ceria KWSP 2022?
Lihat di artikel ini untuk maklumat tersebut.

Masih belum dibuka untuk permohonan. Untuk info awal berkaitan Pengeluaran Khas KWSP i Ceria RM10,000 boleh join telegram yang disediakan di atas.

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022

Bilakah tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10K 2022?
Tarikh boleh rujuk di dalam panduan ini.

Untuk pengetahuan anda, tarikh untuk membuat permohonan masih lagi belum diumumkan lagi. Pihak kami akan maklumkan di dalam Channel Telegram apabila diumumkan.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGELUARAN KHAS KWSP

PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)

CLAIM EPEMULA

CLAIM EPEMULA RM150 (CARA TEBUS BANTUAN KREDIT E-WALLET UNTUK BELIA)