MAIK: Cara Bayar Zakat Pendapatan Online(Kaedah & Tempoh Bayaran)
Apa itu Zakat Pendapatan?
Zakat pendapatan gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal.
Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16hb. Mac 1999.
Syarat wajib bayar zakat pendapatan
- Islam
- Merdeka
- Milik Sempurna
- Cukup nisab
- Cukup haul
- Berkembang (al-nama)
Baca juga disini: CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian.
MAIK: Cara Bayar Zakat Pendapatan Online (Kaedah & Tempoh Bayaran).
Berikut akan dikongsikan maklumat berkaitan cara bayar zakat pendapatan secara online, sila rujuk dibawah:
Tempoh perlu Bayar Zakat Pendapatan
Haul (tempoh) bagi zakat pendapatan adalah setahun Hijrah bersamaan 354 hari manakala nisab (had) adalah bersamaan nilai 85g emas.
Nisab sentiasa berubah dari tahun ke tahun mengikut harga emas semasa, maka harus rujuk kepada Majlis Agama Negeri masing-masing.
Kaedah Bayaran Zakat Pendapatan
- Kaedah A : 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun
- Kaedah B : Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun
Cara Bayar Zakat Pendapatan
- Langkah pertama Layari laman rasmi pada link berikut e-Zakat Payment
- Kemudian isi maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat
- Seterusnya boleh proceed untuk buat pembayaran, sila rujuk dibawah dan selesai bayar secara online;
Anda boleh membuat bayaran e-Zakat Payment melalui 3 kaedah iaitu:
- FPX (Kad Debit)
- MIGS (Kad Kredit)
- Jompay
- Biller Code dan Ref-1 yang diberikan hanya sah sehingga 11.50 malam pada hari yang sama.
Butiran Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh telefon atau pergi ke pejabat MAIK:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Islam Darul Naim, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan
- Telefon : +609-7481512
- Bebas Tol : 1-800-88-6060
- Faksmili : +609-7485512
- Emel : maik (at) e-maik (dot) my
Itu sahaja semoga bermanfaat.