in

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PULAU PINANG 2022: Cara Mohon Dan Semakan Status Bagi Yang Layak

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PULAU PINANG 2022

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PULAU PINANG 2022: Cara Mohon Dan Semakan Status Bagi Yang Layak.

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan Pulau Pinang?

Pihak Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Ia merupakan bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang terbuka kepada golongan B40 iaitu golongan asnaf Fakir dan Miskin di negeri ini yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.

Baca juga disini: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PULAU PINANG 2022: Cara Mohon Dan Semakan Status Bagi Yang Layak.

Berikut kami akan kongsikan maklumat berkaitan cara mohon dan semak status, sila rujuk dibawah:

Semakan status Bantuan

Tarikh Permohonan

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini dibuka mulai 8 November 2021 (Isnin) sehingga 30 November 2021 (Selasa).

Syarat Kelayakkan

  1. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  2. Bermastautin di Pulau Pinang lebih 3 bulan
  3. Mempunyai sekurangnya 2 orang anak yang bersekolah
  4. Permohonan mestilah mendapat pengesahan daripada pengerusi tempat  bermastautin.
  5. Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, dll selain sekolah
  6. Pendapatan kasar isi rumah mestilah dalam lingkungan berikut:
  • 2 orang anak: RM1,500 dan ke bawah
  • 3 orang anak: RM2,000 dan ke bawah
  • 4 orang anak dan ke atas: RM2,500 dan ke bawah

Cara Mohon 

Untuk mohon sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Langkah pertama dapatkan borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan di kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang.
  2. Boleh rujuk senarai kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang melalui link ini https://v2.zakatpenang.com/kaunter-perkhidmatan-zakat/.
  3. Bawa bersama dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan yang lengkap diisi.
  4. Borang permohonan dan semua dokumen yang diperlukan harus dihantar semula kepada kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & isteri (jika bekerja)
  3. 3. Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal)
  4. Salinan MyKid/MyKad/Sijil Kelahiran pelajar.
  5. Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
  6. Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).

Butiran lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi atau pergi ke laman rasmi yang telah diberi

Facebook Zakat Pulau Pinang
Telefon : 04-549 8088
E-mel: [email protected]
Laman web : https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/2013-06-30-14-37-18/pendidikan/program-bantuan-awal-persekolahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAIK: Cara Bayar Zakat Pendapatan Online

MAIK: Cara Bayar Zakat Pendapatan Online(Kaedah & Tempoh Bayaran)