in ,

SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November

SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021

SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November.

Dalam perbentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan pada Oktober yang lalu, kerajaan telah umumkan pelbagai bantuan dan insentif untuk rakyat Malaysia seperti BKC, BKM Bantuan Keluarga Malaysia dan banyak lagi.

Berbaki 2 bulan lagi sebelum berakhirnya tahun 2021. Mesti ramai yang belum tahu apakah senarai bantuan kerajaan untuk bulan November 2021. Disini kami akan kongsikan dengan lebih lanjut.

Baca juga disini: CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150: Panduan Register & Syarat Permohonan.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November.

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang anda akan dapat November 2021, semak dibawah :

a) Bantuan BKC Fasa 2

Bantuan BKC terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1 telah diagihkan pada bulan September yang lepas. Manakala BKC Fasa 2 pula akan diberikan kepada mereka yang layak pada bulan ini.

Untuk jumlah bantuan yang anda akan dapat, sila rujuk kategori anda di bawah :

  • Miskin Tegar (Isi Rumah) = RM500
  • Miskin Tergar (Warga Emas) = RM300
  • Miskin Tegar (Bujang) = RM300
  • Jumlah Bantuan : RM300 – RM500

b) I Citra

i-Citra adalah inisiatif daripada kerajaan untuk kemudahan mengeluarkan wang simpanan KWSP. Ahli KWSP akan dapat RM1,000 setiap bulan sehingga tamat tempoh permohonan.

Untuk bulan November, tarikh pembayaran adalah bermula pada 1 November

  • Jumlah inisiatif : RM1000

c) GKP 4.0 Fasa 2

Geran Khas Prihatin 4.0 ini merupakan bantuan one-off RM1,000 khas kepada PKS Mikro. Untuk fasa 1 telah dibayar pada bulan September, dan baki RM500 akan dibayar pada bulan ini iaitu November 2021.

Tarikh rasmi pembayaran untuk GKP 4.0 Fasa 2 akan diumumkan oleh Tengku Zafrul dalam masa terdekat.

  • Jumlah Bantuan : RM500

d) Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0

MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah menganjurkan bantuan khas untuk PKS bertujuan untuk membantu asnaf dalam mendirikan perniagaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 November 2021.

  • Jumlah Bantuan : RM3,000

Bantuan Keseluruhan Bagi Tahun 2021 

Untuk senarai bantuan di bawah pula, adalah bantuan yang anda boleh mohon sepanjang masa bagi tahun ini:

a) Program Prihatin Kasih

Bantuan khas untuk kategori B40 ini, penerima layak mendapat elaun untuk beli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai & pasaraya hanya menggunakan Mykad sahaja.

  • Kadar Bantuan : RM100 sebulan selama 3 bulan

b) Bakul Prihatin Negara

Setiap keluarga yang layak akan dapat satu bakul makanan yang dipenuhi dengan barang-barang asas makanan.

  • Kadar Bantuan : 8 barang iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut & kopi.

c) Bantuan Orang Tua

Bantuan kewangan khas untuk warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Mereka yang ingin mohon perlu isi borang & serahkan ke Pejabat JKM yang berdekatan.

  • Kadar Bantuan : RM500 sebulan

Butiran Lanjut 

Boleh pergi ke laman rasmi JKM untuk maklumat yang lebih lanjut

Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsikan, Semoga bermanfaat kepada semua yang memerlukan.

Jika ada sebarang pertayaan boleh komen dibawah. Terima kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN

JAWATAN KOSONG PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) – MINIMA SPM