in

KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

Urusan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menjadi lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh unit amanah itu. Antaranya, semua urusan termasuklah menambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit tidak lagi menggunakan buku pelaburan.

Bermula pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk keluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Baca juga disini: CARA NAK BUKA AKAUN ASB ANAK : Panduan Daftar Akaun ASB Anak di Pejabat Pos

KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

Cara Keluar Dividen ASB di Bank

Senarai bank yang boleh keluarkan asb adalah di kaunter

  • Hong Leong
  • Alliance Bank
  • Maybank
  • AmBank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • Affin Bank
  • RHB
  • Ambank
  • CIMB
  • BSN.

Anda pergi ke mana mana kaunter bank yang merupakan agen ASB dan Maklumkan kepada kakitangan bertugas yang anda mahu keluar duit simpanan ASB. Anda akan akan diberikan borang jualan balik unit asb anda.

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya
  2. Nombor giliran akan diberikan kepada anda
  3. Sila serahkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri anda
  4. Proses pengeluaran duit diteruskan
  5. Itu sahaja. Selesai!

Cara Keluar Dividen ASB Secara Online

Satu cara untuk anda mengeluarkan dan buat pengeluaran asb online adalah melalui servis myasnb sahaja, tidak boleh melalui keluarkan wang asnb samada di cimb clicks / maybank2u dari maybank.

https://www.myasnb.com.my/

Duit akan masuk dalam akaun bank dari tarikh pengeluaran asb online dalam tempoh 24 jam untuk hari bekerja.

Jika dibuat pada hari cuti ia akan jadi lebih lambat dan ambil masa yang lama untuk diproses.

Pengeluaran Dividen Asb di Pejabat Pos Malaysia

  1. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan / IC / mykad untuk pengesahan cap jari sebelum pengeluaran
  2. Isikan borang jualan balik unit asb terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya
  3. Itu sahaja. Mudah sahaja.

Butiran Lanjut

Untuk maklumat lanjut pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LINK KEMASKINI BKM 2022

LINK KEMASKINI BKM 2022 : CARA SEMAK SEMULA MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022