in

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ANAK : Panduan Nak Daftar Akaun ASB Anak di Pejabat Pos

cara buka akaun asb anak

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ANAK : Panduan Daftar Akaun ASB Anak di Pejabat Pos

Amanah Saham Bumiputera (ASB) mula diniagakan pada 2 Januari 1990. Ia ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit. ASB yang merupakan tabung unit amanah jenis pendapatan dan berada dalam kategori aset campuran.

Objektif ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang unit disamping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. ASB dibuka untuk pelabur Bumiputera sahaja dengan pelaburan boleh dimulakan seawal usia kelahiran. Pelaburan permulaan minimum untuk membuka ASB ialah RM10 manakala pelaburan tambahan ialah serendah RM1. Had pelaburan untuk setiap pelabur ialah RM200,000 dan pelabur boleh menambah atau menjual pelaburan mereka pada bila-bila masa.

ASB maksudnya ialah Amanah Saham Bumiputera dan ianya hanya dikhaskan untuk Bumiputera sahaja (Melayu,Bumiputera Sabah,Bumiputera Sarawak) dan had umur minimun untuk membuka akaun ASB adalah 6 bulan ke atas dari tarikh lahir si pemohon.

Cara nak buka akaun ASB anak (Remaja/Bijak) :

  1. Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di pejabat pos.
  2. Buat satu salinan juga salinan pada borang tersebut.
  3. Sertakan kad pengenalan pemohon iaitu anak anda. Sekiranya belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahiran. Dokumen ini perlu disertakan salinan.
  4. Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda
  5. Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  6. Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
  7. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

Cara nak buka Akaun ASB anak di Pejabat Pos

Tahukah anda, bahawa anda juga boleh membuka akaun ASB anda di Pejabat Pos?

Hal ini kerana pejabat pos di Malaysia merupakan ejen yang sah kepada ASNB. Jadi, anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF di mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia.

Setelah mendapatkan Borang Pendaftaran ini, lakukan langkah-langkah untuk buka akaun ASB seperti di bawah:

  1. Isi Borang Pendaftaran (ASNB DF) tersebut.
  2. Fotostat setiap helaian borang ini, dan buat juga salinan kad pengenalan anda.
  3. Bawa borang ini ke mana-mana pejabat pos yang berdekatan. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  4. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
  5. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
  6. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Untuk Maklumat lanjut dan lebih tepat boleh pergi ke Laman Rasmi ASB 

Baca juga disini: CARA TRANSFER DUIT KE INDONESIA : Panduan Hantar Duit ke Indonesia dengan Maybank2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

TIPS BELI KERETA TERPAKAI YANG PERLU ANDA TAHU