in

JAWATAN KOSONG PEGAWAI BOMBA BANTUAN

JAWATAN KOSONG PEGAWAI BOMBA BANTUAN

JAWATAN KOSONG PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE

Pengenalan

Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan. Justeru, mulai pada saat itu, organisasi ini dikenali secara rasmi sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia (JPBM)

JAWATAN KOSONG PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Nama Balai
BBP Beaufort, Sabah
BBP Kuala Penyu, Sabah
BBP Kimanis, Sabah
BBP Kudat, Sabah
BBP Kota Belud, Sabah
BBP Ranau, Sabah
BBP Kinabatangan, Sabah
Elaun: RM8/sejam

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganera Malaysia;
  • Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
  • Memiliki sekurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m bagi lelaki dan 1.54m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 49kg bagi lelaki dan 47kg bagi wanita;
  • Mempunyai penglihatan yang baik;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
  • Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
  • Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam linkungan 5km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

Notis Kebenaran Daripada Kebajikan

Bagi calon yang bekerja dan ingin menyertai Pegawai Bomba Bantuan, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Borang PBB 4 – muat turun DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan PBB 3 yang boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat atau muat turun – DI SINI.

Semua permohonan juga hendaklah disertakan bersama:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
  • Notis Kebenarana daripada Majikan;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

IBU PEJABAT, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH, JALAN LINTAS, LIKAS BEG BERKUNCI 30, 88990 KOTA KINABALU SABAH. (UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)

Tarikh tutup permohonan pada 12 JANUARI 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

JAWATAN LAIN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0 : CARA TEBUS BAUCAR SHOPEE & PEMBELIAN MANUAL