in ,

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Kementerian Perpaduan Negara membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: CARA KEMASKINI AKAUN BANK GKP STATUS GAGAL KREDIT : UNTUK BAYARAN TERAKHIR BANTUAN 2021

PENGENALAN

Kementerian Perpaduan Negara Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini diketuai oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri.

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR – GRED N48
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM5,118 – RM11,634
    Kekosongan: 4
    Simpanan: 20
  2. PEGAWAI TADBIR – GRED N41
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM2,080 – RM9,546
    Kekosongan: 1
    Simpanan: 5

Syarat-syarat Kelayakan

PEGAWAI TADBIR – GRED N48

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun dalam bidang Pengurusan/Pentadbiran/Kewangan dan bidang kemasyarakatan komuniti.

PEGAWAI TADBIR – GRED N41

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan – muat turun DI SINI.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama:

  • Resume bergambar jelas;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Lahir;
  • Salinan sijil SPM;
  • Salinan sijil Ijazah Sarjana Muda;
  • Salinan transkrip;
  • Salinan Sijil Berhenti Kerja;
  • Dokumen rasmi berhubung pengalaman terdahulu (sekiranya perlu).

Borang yang lengkap, beserta dokumen-dokumen sokongan kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Aras 9, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000, Putrajaya (u.p. Seksyen Sumber Manusia).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 20 DISEMBER 2021, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

JAWATAN LAIN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG HUAWEI TECHNOLOGIES SDN BHD

JAWATAN KOSONG HUAWEI TECHNOLOGIES SDN BHD -Pelbagai Jawatan Menarik!