in

JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN GRED KP19 -230 Kekosongan

JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN GRED KP19

JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN GRED KP19

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Jabatan Imigresen Malaysia membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN GRED KP19

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

Pegawai Imigresen Gred KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Imigresen MalaysiaGaji Minimum : RM1,360.00
    Gaji Maksimum : RM4,052.00
    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

 SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  •  warganegara Malaysia; dan
    berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00)
    atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40)
    atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)

dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

 

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dandiperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) Portal Rasmi SPA9 – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

UPDATE PERMOHONAN BKM

UPDATE PERMOHONAN BKM : CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022