UPDATE PERMOHONAN BKM : CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Apa itu BKM 2022
Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia?
Menerusi Belanjanwan 2022 kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi membantu kurangkan beban rakyat terkesan akibat covid19.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan) berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.
Tarikh Kemaskini Dan Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
- Tarikh Buka 1 Januari 2022
- Tarikh Tutup 31 Januari 2022.
Baca juga disini: EKASIH ICU GOV MY DAFTAR : SEMAKAN DAN PERMOHONAN
UPDATE PERMOHONAN BKM : CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Syarat Kelayakkan Untuk Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
Isi Rumah
- Sudah berkahwin.
- Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 dan ke bawah.
Warga Emas Bujang atau Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 dan ke bawah.
Individu Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2500 dan ke bawah.
Jenis-jenis Pemohon Yang Boleh Buat Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
- Ketua isi rumah (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
- Individu bujang (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
- Warga emas lelaki atau wanita (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
- Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.
Jenis-jenis Pemohon Yang Perlu Kemaskini Maklumat BKM 2022
- Penerima BPR sebelum ini perlu membuat pengemaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa supaya tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
- Terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada ataupun berlaku penceraian.
Cara Kemaskini BKM 2022
- Langkah pertama klik link ini https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau;
- klik Log Masuk BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.
- Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang Semak. Lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) – mandatori.
- Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan