in

GRABPAY MALAYSIA (CARA DAFTAR, KELEBIHAN DAN PROMOSI TERKINI)

GRABPAY MALAYSIA

GRABPAY MALAYSIA (CARA DAFTAR, KELEBIHAN DAN PROMOSI TERKINI)

Pada masa kini terdapat banyak penyedia perkhidmatan eWallet dan antara yang paling popular adalah GrabPay.

Sekiranya pada awalnya Grab yang memperkenalkan perkhidmatan e-hailing atau seru pandu sahaja di Malaysia, Grab maju setapak lagi dengan memperkenalkan GrabPay bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan pembayaran secara cashless atau nirtunai.

Cara menggunakannya juga tersangatlah mudah namun bagi pengguna sedia ada aplikasi Grab, anda perlulah mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

Baca Juga: CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE : Panduan Permohonan Dan Syarat Register

MUAT TURUN 

Bagi anda yang berminat menggunakan kemudahan ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk Android
  2. App Store – Untuk iOS

Memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai boleh mendedahkan gajet anda diserang oleh virus dan malware.

GRABPAY MALAYSIA

PENDAFTARAN DAN PENGAKTIFAN

  1. Buka aplikasi Grab anda
  2. Klik pada tab “Payment” pada menu yang terletak di bahagian bawah
  3. Kemudian, ada popup akan muncul dan klik pada butang “Activate
  4. Pada halaman berikutnya, klik pada butang “Activate Now
  5. Kemudian klik kad untuk di link dengan akaun anda, sekiranya tiada senarai kad anda dikehendaki memasukan maklumat kad baru yang ingin di link dengan akaun anda
  6. Tandakan pada kotak “Terms and Conditions
  7. Klik pada butang “Continue
  8. GrabPay anda sudah didaftarkan dan diaktifkan untuk digunakan di mana-mana sahaja premis yang menerima pembayaran menggunakan GrabPay!

KELEBIHAN GRABPAY

  1. 3x mata ganjaran GrabRewards – Lebih ganjaran lebih kelebihan untuk anda
  2. GrabPay Price – Nilai lebih baik sepanjang masa di mana-mana sahaja untuk farmasi, kedai runcit, restoran, pawagam dan banak lagi
  3. Beli insurans perjalanan dengan mudah – Dapatkan pemulangan wang 25%
  4. Segala perkhidmatan harian – Pembayaran lebih mudah dan lancar untuk barangan runcit, perkhidmatan kenderaan, tambah nilai prabayar dan banyakk lagi
  5. Selamat – Anda tidak perlu risau dengan adanya keselamatan anti penipuan sepanjang masa

PROMOSI TERKINI GRABPAY

Grab sentiasa bermurah hati dengan promosi-promosi terkini. Untuk promosi terkini, boleh lawati halaman rasmi mereka di https://www.grab.com/my/pay/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CHECK BKM FASA 1

CHECK BKM FASA 1 : (SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)