in

CHECK BKM FASA 1 : (SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

CHECK BKM FASA 1

CHECK BKM FASA 1 : (SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan yang menggantikan bantuan-bantuan lain seperti BRIM,BSH BPN BKC & BPR dan sebagainya.

BILA BKM FASA 1 MULA DIBAYAR?

BKM FASA 1 akan diagihkan kepada para penerima pada Mac 2022.

Baca Juga: BORANG BKM : PORMOHONAN DAN KEMASKINI BKM 2022

JUMLAH BAYARAN BKM

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500

Tiada anak – RM1,000
1-2 anak– RM1,500
3 anak – RM2,000

B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850
Tiada anak – RM400
1-2 anak – RM600
3 anak – RM800

M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)
Tiada anak – RM400
1-2 anak – RM600
3 anak – RM800

Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500
Menerima RM350

BAGAIMANA CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (CHECK BKM FASA 1)?

Anda perlu log masuk terlebih dahulu sebelum check BKM Fasa 1 :

BAGAIMANA CARA UNTUK LOG MASUK MyBKM?

Untuk log masuk kali pertama MyBKM, anda perlu mendaftar MyBKM terlebih dahulu seperti berikut:

i. Klik Log Masuk BKM
ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
iii. Maklumat Keselamatan

Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul

a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BKM 2022
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk
menjawab dengan jawapan yang betul

iv. Pendaftaran MyBKM (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)

a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati

Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKM

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak.Sekiranya betul, klik butang Teruskan

d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar

Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKM

e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBKM”. Anda boleh Log Masuk MyBKM

Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBKM, Log Masuk MyBKM adalah seperti berikut:

i. Klik Log Masuk BKM

ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

iii. Klik Butang Semak

iv. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan

v. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan

vi. Klik Log Masuk

Status permohonan BKM anda akan dipaparkan.

Baca Juga: FORGOT PASSWORD BKM : CARA DAPATKAN BALIK KATA LALUAN JIKA AKAUN DISEKAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GRABPAY MALAYSIA

GRABPAY MALAYSIA (CARA DAFTAR, KELEBIHAN DAN PROMOSI TERKINI)