Menu

SEMAKAN KEPUTUSAN

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
Menu

SEMAKAN KEPUTUSAN

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search

You are here:

  1. Home
  2. INFO
  3. E FILING LHDN 2022 : CARA DAFTAR/ISI/BUAT LOGIN
in INFO

E FILING LHDN 2022 : CARA DAFTAR/ISI/BUAT LOGIN

February 19, 2022, 5:12 pm

E FILING LHDN
Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

E FILING LHDN 2022 : CARA DAFTAR/ISI/BUAT LOGIN

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk membayar cukai dan dengan pengisytiharaan cukai kita di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman di bank.

Kepada anda semua yang belum mendaftar dengan LHDN samada yang baru bekerja atau peniaga yang baru memulakan perniagaan kami akan menjelaskan kepada anda cara mendaftar dengan LHDN untuk pertama kali.

Baca Juga: SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS SRP

APA ITU E FILING LHDN

  • e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
  • Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil.

E FILING LOGIN KALI PERTAMA

Sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke ‘MyTax’, seterusnya ke ‘Perkhidmatan ezHasil’ dan ‘eFiling’.

Bagi pembayar cukai login kali pertama, anda perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dulu dengan hadir di kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.

Caranya adalah seperti langkah-langkah di bawah:

1. Layari laman web ezHASiL dan pergi ke menu Maklum Balas Pelanggan atau tekan sahaja link ni https://ez.hasil.gov.my/CI/LoginKaliPertama.aspx

2. Tekan login kali pertama

3. Sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.

[NOTA] :

Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :

  • Melalui cawangan LHDN yang berdekatan.
  • Permohonan secara dalam talian melalui pautan (Klik pautan ini)

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.

CARA DAFTAR E FILING LHDN

  1. Layari http://www.hasil.gov.my atau terus ke pautan e-Daftar.
  2. Pilih menu Daftar Pembayar Cukai Individu / Syarikat.
  3. Semak no. cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.
  4. Jika belum berdaftar, sila isikan maklumat pada ruangan yang disediakan.
  5. Sekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, Mesej Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah akan dipaparkan.
  6. Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
  7. Sila catatkan atau cetak No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai
    – No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai ini diperlukan untuk menyemak status     permohonan anda.
    – Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan  pendaftaran pembayar cukai diluluskan
  8. Untuk semakan, klik pada pautan Info Daftar
  9. Kemudian boleh cetak maklumat pendaftaran ini.
  10. Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan atau melalui faksimili ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400; atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara on-line melalui e-Kemaskini.

CARA ISI E FILING LHDN

1. Layari laman web ezHASiL atau tekan sahaja link ni https://ez.hasil.gov.my/CI. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda tetapkan.

2. Pilih opsyen e-filing, kemudian e-borang.

3. Pilih tahun taksiran.

4. Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun.

5. Isi maklumat pendapatan anda

6. Isi pelepasan cukai. Untuk maklumat mengenai pelepasan cukai anda boleh rujuk di akhir artikel ini.

7. Semak rumusan. Melalui rumusan ini anda boleh tahu sekiranya terdapat lebihan cukai.

8. Sahkan borang taksiran anda.

9. Selesai

CARA BUAT E FILING LHDN

1. Layari laman web ezHASiL atau tekan sahaja link ni https://ez.hasil.gov.my/CI. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda tetapkan.

2. Klik e Borang

3. Pilih e Borang mengikut sumber pendapatan anda. Kemudian pilih tahun taksiran.

4. Pada e Borang terdapat 4 bahagian yang perlu diisi dalam borang e-BE iaitu:

  • Maklumat individu
  • Jumlah pendapatan
  • Pelepasan cukai
  • Rumusan / Bayaran cukai

5. Bahagian 1 – Maklumat Individu

  • Sekiranya anda berkahwin, masukkan maklumat berkaitan dan pilih jenis taksiran
  • Anda juga perlu mengisi maklumat berkaitan pasangan anda
  • Sila pastikan Nama Bank dan No. Akaun Bank yang dimasukkan adalah betul bagi tujuan balik terus ke akaun anda melalui Electronic Fund Transfer
  • Isi jumlah penggajian pada tahun taksiran

6. Bahagian 2 – Jumlah pendapatan

  • Masukkan pendapatan dengan merujuk EA/EC dan bundarkan ringgit terdekat. Isi ‘0’ sekiranya tiada pendapatan
  • Isi amaun potongan cukai bulanan

7. Bahagian 3 – Pelepasan cukai

  • Isi pelepasan cukai. Untuk maklumat mengenai pelepasan cukai anda boleh rujuk di akhir artikel ini.
  • Setelah mengisi maklumat diri dan pendapatan, anda boleh menuntut pelepasan cukai yang berkenaan.

8. Bahagian 4 – Rumusan & Bayaran Cukai

  • Semak rumusan. Melalui rumusan ini anda boleh tahu sekiranya terdapat lebihan cukai.

SENARAI PELEPASAN CUKAI

Berikut adalah senarai pelepasan cukai terkini tahun taksiran 2021 bagi e-filing 2022 yang boleh dituntut.

1. Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / ister / alimoni kepada bekas ister : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500
  • pembelian bahan bacaan
  • pembelian komputer peribadi
  • telefon pintar / internet
  • pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
  • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
  • Pembelian peralatan sukan
  • Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
  • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
  • Penginapan di premis yang berdaftar
  • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
  • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)

3. Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
  • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

4. Caruman / Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
  • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000

TARIKH E FILING LHDN 2022

  • Boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022

TARIKH TAMAT E FILING LHDN 2022

  • Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2021 adalah 30 April 2022.
    Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
  • BN selain Borang E dan Borang P
  • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
  • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk melalui pautan https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

You May Also Like

  • PANDUAN TUKAR NAMA KERETA

    PANDUAN TUKAR NAMA KERETA ONLINE : KERETA HABIS BAYAR TANPA PERLU KE JPJ

  • JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

    JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN : PANDUAN DAFTAR KAHWIN DI MALAYSIA

  • ETS ONLINE TICKET BOOKING

    ETS ONLINE TICKET BOOKING : CARA BELI TIKET ETS

  • ACTIVATION EZBIZ ID

    ACTIVATION EZBIZ ID : CARA AKTIFKAN TANPA KE PEJABAT SSM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eKASIH LOGIN 2022

eKASIH LOGIN 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN/SEMAKAN STATUS

CARA SEMAK CCRIS

CARA SEMAK CCRIS : ONLINE ATAU MANUAL MELALUI BANK NEGARA

Artikel Popular

  • SOALAN CONTOH UPKK 2022

    SOALAN CONTOH UPKK 2022 (CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN UPKK)

  • CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN

    CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN: Panduan Register & Syarat Kelayakkan

  • SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE

    SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE (CARA CHECK OWNER KERETA)

  • CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER

    CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER: Cara Register Shopee Express Rider Online

  • CARA TUKAR NAMA BIL TNB ONLINE

    CARA TUKAR NAMA BIL TNB ONLINE (NAMA PEMILIK BARU/PENYEWA)

2021 Portal Semakan Keputusan

  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penafian
Back to Top
Close
  • BANTUAN
  • INFO
  • SEMAKAN
  • PERMOHONAN
  • MATRIKULASI
  • AGAMA
  • TIPS
  • RENEW ROADTAX