in

SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS SRP

SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022

SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS SRP

Berita baik bagi rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah, kerajaan telah memperuntukkan bantuan Skim Rumah Pertamaku (SPR).

Usaha kerajaan dalam membantu kalangan yang gaji dan pendapatan kasar bulanan RM10000 (tertakluk kepada RM5000 setiap pemohon) untuk membantu mereka memperoleh rumah pertama sendiri.

Oleh sebab harga rumah yang semakin meningkat di Malaysia saban hari, ditambah pula permohonan pinjaman yang sangat ketat melambatkan mereka untuk memiliki rumah.

Baca juga disini: CARA MOHON SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.

Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.

Skim ini membolehkan embeli rumah untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan tak perlu bayar wang pendahuluan.

CARA MOHON DAN SEMAK STATUS SRP SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022

Syarat-syarat Permohonan Skim Rumah Pertamaku

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu bekerja sendiri
  • Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM10000 untuk pemohon bersama/ RM5000 untuk pemohon tunggal
  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan

Cara Permohonan Skim Rumah Pertamaku

  1. Cari rumah yang anda berminat dan dapatkan dokumen berkaitan resit jual beli, draf perjanjian dan lain-lain
  2. Semak kelayakkan memohon di SRP https://www.srp.com.my/bm/eligibility-criteria
  3. Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata bank dan lain-lain
  4. Hantar permohonan anda ke cawangan bank-bank yang terlibat dan tunggu kelulusan dari pihak bank.

Itu sahaja, pihak kami hanya berkongsi maklumat untuk memudahkan anda mendapat maklumat dengan cepat dan mudah.

Butiran Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut :

  • Laman web rasmi SRP : https://www.srp.com.my/bm
  • Telefon : +603-2262 1800
  • E-mel: [email protected]
  • Alamat: Level 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
  • Muat turun brosur PDF: Brosur Skim_Rumah_Pertamaku_2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MATRIKULASI 2022

MATRIKULASI 2022 : PERMOHONAN KEMASUKAN

BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2022 : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS PEMBAYARAN ONLINE