DAFTAR MYFUTUREJOBS : LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA
Apa Itu MyFutureJobs?
MyFuture Jobs Perkeso adalah satu portal yang disediakan untuk membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan, pihaknya akan memanfaatkan Perkhidmatan Pekerjaan Negara.
Selain itu MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program PENJANAKERJAYA 3.0 melalui National Employment Services, PERKESO.
Baca juga disini: BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021
DAFTAR MYFUTUREJOBS : LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA
Berikut akan diberikan maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah:
Cara Daftar Melalui Portal MyFutureJobs
- Layari laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Klik Jobseekers Sign In yang diletakkan di bawah Let your career journey begin here.
- Terdapat satu menu kecil pada sebelah kiri skrin anda Please sign in, klik Register.
- Masukkan e-mel anda pada ruangan Email.
- Pada bahagian Please register yang sama, masukkan IC Number.
- Masukkan kata laluan pada ruangan Password.
- Selanjutnya klik Register
- Kemudian, terima terms & conditions bagi melengkapkan pendaftaran anda.
- Anda akan dibawa secara automatik ke laman Profile anda. Selesai.
Cara Login Portal MyFutureJobs
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik Job Seeker Sign In pada bahagian atas tengah skrin
- Log In menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman Match Jobs atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
- Pilih jawatan yang ingin dipohon
- Klik Simpan
Cara Daftar MyFuturejobs Majikan (Employer)
Bagi majikan yang ingin mengiklankan jawatan kosong, berikut adalah cara untuk daftar majikan di portal MYFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik bahagian paling kanan untuk ubah menu Bahasa.
- Klik Employer Sign In pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik Register Here
- Isikan butiran syarikat dan klik Send For Approval
- Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat
Butiran Lanjut
- Hubungi nombor hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel [email protected].
- Maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program PenjanaKerjaya 3.0 (PEMULIH) : https://www.perkeso.gov.my/…/150721_FAQ%20PENJANA
- Facebook: https://www.facebook.com/lamanrasmieisperkeso