in

SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN : CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU

SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN

SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN : CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU

Apa itu No Cukai Pendapatan

Nombor cukai ialah nombor rujukan yang unik. Anda akan dapatkan setelah anda mendaftar sebagai pembayar cukai, maka LHDN akan memperuntukkan nombor cukai pendapatan kepada anda.

Untuk mendapatkan nombor cukai, anda harus menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan anda :

Individu : Sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan dari perniagaan, anda hanya perlu menyiapkan slip gaji terkini dan juga kad pengenalan.

Syarikat : Sementara bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, sediakan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Kad Pengenalan anda.

Baca juga disini: CARA MENGIRA CUKAI TAKSIRAN: Panduan Pengiraan Cukai Pendapatan Bulanan LHDN

SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN : CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU

Berikut akan dikongsikan dengan leboh lanjut maklumat berkaitan, sila rujuk dibawah:

Cara Semak No Cukai Pendapatan

  1. Langkah pertama pergi ke portal rasmi https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
  2. Pilih Jenis Pengenalan : Nombor Kad Pengenalan, Polis, Tentera, Passport
  3. Isikan Nombor Pengenalan anda
  4. Tuliskan Kod Keselamatan yang diberi
  5. Masukkan Email dan Nombor Telefon yang pernah berdaftar dengan LHDN
  6. Seterusnya tekan butang Hantar
  7. Paparan akan tertera seperti : “Nombor cukai pendapatan bagi no kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx telah didaftarkan di Lembaga Hasil Dalam Malaysia”

Cara Daftar Cukai Pendapatan Kali Pertama Guna E-Daftar

  1. Pergi ke https://edaftar.hasil.gov.my/individu/dafsgjpnvdprd.php
  2. Isi maklumat pada borang yang tertera sehingga lengkap
  3. Kemudian tekan Hantar
  4. Akan tertera mesej “Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah”
  5. Semak dan Klik Setuju
  6. Cetak : No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai ia diperlukan untuk menyemak status permohonan anda dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan
  7. Sebagai rujukan sila simpan nombor permohonan untuk rujukan anda

Butiran Lanjut

Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara semakan no cukai, anda boleh layari web rasmi LHDN di pautan http://www.hasil.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

JAWATAN KOSONG SYARIKAT AIR PERLIS

JAWATAN KOSONG SYARIKAT AIR PERLIS – Pelbagai Jawatan Menarik