in

CARA MENGIRA CUKAI TAKSIRAN: Panduan Pengiraan Cukai Pendapatan Bulanan LHDN

CARA MENGIRA CUKAI TAKSIRAN

CARA MENGIRA CUKAI TAKSIRAN: Panduan Pengiraan Cukai Pendapatan Bulanan LHDN

Apa itu Cukai Taksiran?

Cukai Taksiran merupakan bayaran cukai yang dikenakan terhadap hartanah atau pegangan di semua kawasan Majlis atau Dewan.

Bayaran cukai ini tertakluk kepada kawasan-kawasan yang merangkumi Daerah, Bandaraya dan Perbandaran. Ia juga dikenali sebagai cukai pintu, bandar dan kutipan cukai.

Peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang memberi kuasa kepada setiap Majlis mengenakan kadar bayaran kepada pegangan yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

CARA MENGIRA CUKAI TAKSIRAN: Panduan Pengiraan Cukai Pendapatan Bulanan LHDN

Berikut adalah anggaran dan Cara mengira cukai taksiran:

Menerusi Nilai Tahunan iaitu Anggaran Kasar Sewa Tahunan yang diperolehi setahun daripada pegangan (jika sewa) dengan tuan tanah memperuntukkan perbelanjaan untuk insurans, maintanence, repairs dan segala kadar cukai awam

Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 Bulan = Nilai Tahunan

  • Nilai Tahunan – Ditetpkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
    Jumlah Peratusan – Ditentukan oleh kerajaan negeri

Nilai Tahunan x Kadar % = Cukai Taksiran

Sebagai contoh:

Nilai Tahunan = RM5,000

Kadar % = 8.3 %

Cukai Taksiran = RM415 setahun ATAU RM207.50 untuk setiap 6 bulan.

Cukai Taksiran perlu dibayar dua (2) kali setahun, iaitu pada:

  • 1/2 tahun pertama bermula 1 Januari DAN
  • 1/2 tahun kedua mulai 1 Julai

Cara pembayaran Cukai Taksiran

  • Pembayaran cukai taksiran juga boleh dijelaskan bagi tempoh setahun penuh
  • Pembayaran boleh dilakukan sama ada di kaunter dan kiosk di setiap Majlis atau di pejabat pos.

Baca juga disini : CARA DAFTAR LHDN PERTAMA KALI : Panduan Register LHDN Secara Atas Talian(Online)

  • Pembayaran cukai taksiran secara online juga boleh dilakukan. Contoh seperti di bawah :
  1. Langkah pertama Login ke www.maybank2u.com.my
  2. Kemudian pergi ke Bahagian Payments
  3. Pilih Make a One-Off Payments dan kategori Assesment.
  4. Seterusnya cari nama Majlis atau Dewan
  5. Selanjutnya isi nombor akaun Cukai Taksiran dan Jumlah Taksiran
  6. Mohon nombor TAC dan masukkan nombor yang diperolehi.
  7. Klik Confirm dan pembayaran anda berjaya.

Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BUAT BANK DRAF TENDER:

CARA BUAT BANK DRAF TENDER: Panduan Bank Draft Dan Kegunaanya

cara memohon mykasih

CARA MEMOHON MYKASIH: Panduan Register Bantuan MyKasih 2021