in

CARA BUAT QR CODE : Untuk Pelbagai Tujuan Kemudahan Dengan Hanya Scan!

CARA BUAT QR CODE

CARA BUAT QR CODE : Untuk Pelbagai Tujuan Kemudahan Dengan Hanya Scan!

Apa itu QR Code

QR code adalah singkatan dari Quick Response Code. Kode ini adalah barcode 2D dicipta pada tahun 1994 untuk industry automotif di Jepun yang boleh memberikan banyak jenis maklumat secara langsung.

QR code biasanya mampu menyimpan 2089 digit atau 4289 karakter, termasuk tanda baca dan karakter menarik. Hal ini membuat QR code mampu menampilkan teks pada pengguna, membuka URL, menyimpan nombor contact ke telefon, dan masih banyak lagi.

Baca juga disini : CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE : SEMAK BAKI/TRANSFER DUIT/BAYAR BIL

Fungsi QR Code

  • Alamat laman web/URL.
  • Kandungan teks (250 aksara).
  • Nombor telefon (dan boleh terus menelefon).
  • Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara).
  • Kad Jemputan Kahwin Digital.
  • Laman Sosial seperti Facebook dan Instagram.
  • Lokasi Pejabat.
  • Menu Restoran.
  • Aplikasi Pembayaran seperti TouchNGo eWallet, Grabpay dan Boost

CARA BUAT QR CODE : Untuk Pelbagai Tujuan Kemudahan Dengan Hanya Scan!

Cara Buat QR Code Guna Google Form

Kaedah ini sesuai untuk merekod kehadiran, mengisi borang seperti borang kaji selidik dan membuat latihan kuiz atau soalan berbentuk aneka pilihan jawapan.

  1. Cipta emel, akaun Google atau gunakan akaun Google peribadi
  2. Pada paparan utama Google setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih Google Drive
  4. Kemudian di bahagian kiri klik pada butang New, pilih Google Form
  5. Cipta borang yang diinginkan sama ada borang kehadiran atau borang kaji selidik menggunakan contoh yang diberikan
  6. Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
  7. Selain itu, nota atau salinan digital dokumen juga boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
  8. Ikuti langkah di bawah untuk jana QR Code

Jana QR Code

Dengan mempunyai link url kepada Google Form atau Google Drive yang ingin dijana sebagai QR Code, sila cari aplikasi jana QR Code yang mudah dan selamat untuk digunakan.

  1. Masukkan link url yang ingin dijana menjadi QR Code
  2. Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
  3. Cetak QR Code yang telah dicipta dan paparkan kepada pengguna yang diinginkan

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana QR kod adalah seperti di bawah. Tekan butang muat turun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi scan QR Code atau untuk mendapatkan cara penggunaan QR Code:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE

CARA NAK GUNA BANK ISLAM ONLINE : SEMAK BAKI/TRANSFER DUIT/BAYAR BIL