in

eGUMIS ANM(CARA SEMAK DAN DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT):Panduan Check Wang Tidak Dituntut Secara Online

eGUMIS ANM(CARA SEMAK DAN DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT

eGUMIS ANM(CARA SEMAK DAN DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT):Panduan Check Wang Tidak Dituntut Secara Online

Definisi Wang Tidak Dituntut

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu 1 tahun. Contoh dibawah kategori ini ialah,
    gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan. Selain itu,
    dividen,keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan. Dan tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran serta banyak lagi
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Contoh dibawah kategori ini ialah, Akaun simpanan, Akaun semasa dan Simpanan tetap
  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya Akaun pemiutang dagangan dan Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

eGUMIS ANM(CARA SEMAK DAN DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT):Panduan Check Wang Tidak Dituntut Secara Online:

Berikut adalah cara untuk semakan Wang Tidak Dituntut online melalui Laman Web eGUMIS (Jabatan Akauntan Negara Malaysia)

  1. Langkah pertama layari https://egumis.anm.gov.my/
  2. Kemudian register bagi yang pertama kali (sign-in)
  3. Selanjutnya isi semua maklumat yang diperlukan
  4. Seterusnya check email untuk sahkan link yang diberi
  5. Log in semula
  6. Selepas itu, masukkan semula maklumat yang diminta
  7. Masukkan nombor IC, selain itu boleh check untuk orang lain tetapi maksimum dua nombor IC sahaja
  8. Sekiranya ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk transfer ke dalam akaun bank yang latest.

Baca Juga Disini: CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN: Panduan Mohon Allowence Pekerja OKU RM450

Butiran

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut melalui saluran berikut:

Layari laman web http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-berita-2020-perlis/7833-semakan-wtd-atas-talian-melalui-portal-egumis

Nombor telefon: (+603) 2056 8052/53/54/55

Alamat Ibu Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel No:03-20568000

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN

CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN: Panduan Mohon Allowence Pekerja OKU RM450

CHECK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL: Panduan Semak Balance Loan Toyota Secara Online

CHECK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL: Panduan Semak Balance Loan Toyota Secara Online