in

CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN: Panduan Mohon Allowence Pekerja OKU RM450

CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN

CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN: Panduan Mohon Allowence Pekerja OKU RM450.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan elaun pekerja kepada mereka yang berstatus Prang Kurang Upaya yang sedang bekerja. Oleh yang demikian bagi sesiapa yangtelah berdaftar dan memegang kad sah OKU, boleh cuba memohon elaun yang ditawarkan sebanyak RM450

Syarat-syarat kelayakkan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Berumur 16 dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Pendapatan RM1500 dan ke bawah
  5. Mana-mana yang berkelayakkan dan dipertimbangkan pleh kelulusan KPKM

CARA MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) RM450 SEBULAN: Panduan Mohon Allowence Pekerja OKU RM450.

Permohonan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negeri.
Setiap permohonan yang mendaftar akan dijalankan siasatan terlebih dahulu sebagai penilaian bagi mengesahkan kelayakkan bantuan. Urusan ini sesuai dengan prinsip JKM yang memberi bantuan berdasarkan hak pemohon bukan kelayakkan

Cara untuk memohon ada dua cara iaitu secara manual dan secara online, berikut adalah cara-caranya:

Secara Manual

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :-

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Secara Online

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :-

Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;-
Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon:

  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Baca Juga Disini:PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 DARI JKM 2021/2022: Panduan & Borang Permohonan Bantuan Orang Tua RM500 dari JKM

Butiran

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian

Alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat,Aras 6, 9-18, No 55,

Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eGUMIS ANM(CARA SEMAK DAN DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT

eGUMIS ANM(CARA SEMAK DAN DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT):Panduan Check Wang Tidak Dituntut Secara Online