in

CARA MOHON RUMAH PPR (PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT) ONLINE

CARA MOHON RUMAH PPR

CARA MOHON RUMAH PPR (PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT) ONLINE

Rumah PPR Program Perumahan Rakyat merupakan program milik penuh kerajaan bagi memberi kemudahan kediaman yang selesa bagi golongan B40 di Malaysia.

Program Perumahan Rakyat PPR

PPR merupakan projek yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah KPKT dimana terdapat 2 jenis ketegori yang perlu anda tahu iaitu :

  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki

Baca Juga: CARA MEMOHON MYKASIH: Panduan Register Bantuan MyKasih 2021

CARA MOHON RUMAH PPR

Sebelum buat permohonan anda mesti tahu syaratnya terlebih dahulu, beberapa syarat ditetapkan bagi program ini dimana ianya terbahagi kepada dua :

Syarat Kelayakan PPR

Skim PPR Dimiliki

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
  4. Penama yang nak mohon mestila belum ada rumah
  5. Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

Skim PPR Disewa

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
  4. Penama yang nak mohon mestila belum ada rumah
  5. Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

Ciri-ciri PPR

Segala rekabentuk rumah PPR adalah berdasarkan spesifikasi perancangan yang telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan untuk perumahan kos rendah. Antara ciri-cirinya adalah

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas:

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Cara Buat Permohonan

1. Masuk ke laman rasmi KPKT di bahagian pendaftaran SPRN iaitu di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register dah masuk paparan seperti dibawah akan keluar.

CARA MOHON RUMAH PPR

2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan Klik “DAFTAR”

3. Selesai, sila masuk email anda untuk “Verifikasi”, klik pada pautan di email anda untuk masukan kata laluan.

4. Dah selesai, anda boleh login SPRM seperti biasa.

5. Akan dipaparkan seperti gambarajah dibawah jika anda berjaya log masuk.

CARA MOHON RUMAH PPR

6. Dalam pilihan skim anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Lakukan setiap langkah yang diminta hinggalah ke pengesahan dan selesai.
(Rujukan Panduan Penuh Rujuk Teduh KPKT)

Semak Senarai Projek PPR

Anda boleh buat semakan senarai lokasi projek ppr terkini seluruh negara. Melalui teduh projek terkini contoh seperti gambarajah dibawah ini.

CARA MOHON RUMAH PPR

Maklumat Tambahan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui

Emel : [email protected]
Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk

Baca Juga: CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK BKK RM1000: Panduan Apply & Syarat Kelayakkan Bkk Secara Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG PERKESO

JAWATAN KOSONG PERKESO ( Minima SPM Layak Mohon Gaji RM1,220 – RM2,499 )

CARA NAK GUNA LALAMOVE

CARA NAK GUNA LALAMOVE: Panduan Daftar Dan How To Use Khidmat Lalamove Malaysia