in

CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian

CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN

CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian.

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Keluarkan Zakat Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan harta atau makanan dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah?

Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri

Baca juga disini: CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR

CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian.

Berikut akan dikongsikan maklumat dan beberapa kaedah berkaitan cara bayar zakat secara online, sila rujuk dibawah:

  1. Cara pertama pembayaran zakat fitrah di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) boleh dibuat secara online melalui laman web https://zakat.e-maik.my/fitrah/
  2. Pembayaran Melalui Aplikasi Tulus
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperkenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara online berikutan wabak covid-19 yang melanda negara pada masa kini. Selain dapat memudahkan pembayar menunaikan kewajipan berzakat dengan lebih pantas dan selamat menerusi Aplikasi Tulus.

Terdapat tiga kaedah pembayaran yang disediakan melalui dua aplikasi ini:

  • FPX Internet Banking (B2C)
  • Perbankan Internet (Melalui JomPAY)
  • Kredit kad/MIGS-Visa & Master Kad

Mudahkan! Boleh cuba sekarang.

Itu sahaja yang ingin dikongsikan, semoga bermanfaat dan membantu orang yang ingin mencari maklumat berkaitan zakat.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah. Terima kasih

Baca juga disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *