in

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN – Pelbagai Jawatan Disediakan!

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau MAIK ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. Pentadbiran Majlis pada awalnya terletak di Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di hadapan Istana Balai Besar. Pada 25 Disember 2012 bersamaan 11 Safar 1434, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menyambut 100 tahun penubuhannya. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan diterajui oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ke-18 sejak 19 Mac 2019.

Baca Juga: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PEGAWAI PENYELIDIK) S41

2. PUSTAKAWAN S41

3. PENOLONG AKAUNTAN W29

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

6. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

7. PEMANDU KENDERAAN H11

Had Umur Pelantikan Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Pada Tarikh Tutup Iklan Jawatan

  1. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau
  2. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon:

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati di link dibawah atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
  2. Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2020 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
  3. Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
  4. Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan:

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Perkara Am

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan : 18 November 2021 (Khamis)

Maklumat Lengkap Jawatan

Klik Muatturun Borang Permohonan

Jawatan Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET RM150 2022

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET RM150 2022: Panduan Redeem EBelia Guna Aplikasi Boost

PANDUAN BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

PANDUAN BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (SEMAK KADAR CUKAI SETIAP NEGERI)