in

PANDUAN BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (SEMAK KADAR CUKAI SETIAP NEGERI)

PANDUAN BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

PANDUAN BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (SEMAK KADAR CUKAI SETIAP NEGERI)

Tahukah anda, kini anda boleh bayar cukai tanah online sahaja. Anda boleh membuat semakan kadar cukai yang dikenakan bagi setiap negeri melalui atas talian.

Untuk itu, izinkan kami berkongsi cara untuk bayar cukai tanah online terkini.

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah adalah sejenis cukai yang dikutip kerajaan negeri untuk hartanah di Malaysia. Cukai taksiran/cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Harus diingatkan yang cukai tanah dan cukai pintu memainkan peranan yang penting dalam perancangan kewangan isi rumah anda.

Baca Juga: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SEMAKAN & BAYARAN CUKAI TANAH ONLINE

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah anda secara bagi setiap negeri kecuali negeri Sarawak yang telah dimansuhkan cukai tanah. Pastikan anda daftar terlebih dahulu. Pautan semakan cukai tanah adalah seperti jadual di bawah:

NEGERI PAUTAN SEMAKAN

PULAU PINANG https://ebayar.penang.gov.my
PAHANG https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
SELANGOR https://ehasil.selangor.gov.my/app/search
KEDAH https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/

JOHOR https://onlinepayment.johor.gov.my/

WP KUALA LUMPUR https://www.ptgwp.gov.my/etanah-Awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
SABAH http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
TERANGGANU http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
KELANTAN https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
PERAK https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
PERLIS https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
NEGERI SEMBILAN https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
MELAKA https://ebayar.melaka.gov.my

Klik pada pautan Negeri anda berada

  1. Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’
  2. Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’
  3. Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda
  4. Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran
  5. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin.
  6. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

PANDUAN BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

Anda juga boleh membayar cukai tanah seperti biasa dengan cara:

  1. PEMBAYARAN DI KAUNTER PTGS & PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT)
  2. SEMAKAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK MELALUI MYSMS 15888
    Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
    Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
    RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
    Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20
  3. PEMBAYARAN DI KAUNTER PBT
  4. PEMBAYARAN DI KIOSK
  5. PEMBAYARAN MELALUI POS MALAYSIA

Jawatan Kosong

Leave a Reply

Your email address will not be published.

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN – Pelbagai Jawatan Disediakan!