Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)
Pasti ada yang perasan di mana baru-baru ini, kita boleh boleh bayar saman melalui MYEG. Rupa-rupanya, pihak PDRM melancarkan perkhidmatan digital terbaru mereka. Jadi, izinkan kami kongsi cara bayar saman PDRM online melalui MyBayar.
Kalau tak nak bayar dulu pun tak apa. Boleh check saman polis guna no plat dahulu menggunakan SMS. Cuma rugilah. Ini kerana MyBayar Saman ada memberikan diskaun 50% jika bayar kompaun secara online.
Cara bayar saman trafik online di MyBayar
Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran saman secara online. Namun, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.
Kami akan kongsikan satu persatu.
Baca juga: Cara semak saman polis
1. Daftar Mybayar Saman PDRM di mybayar.rmp.gov.my
- Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
- Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
- Tekan butang DAFTAR
- Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
- Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Penuh
- Poskod
- Negeri
- Nombor Telefon Bimbit
- Tekan butang SETERUSNYA
- Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
- Masukkan Kata Laluan yang dipilih
- Sahkan Kata Laluan
- Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya
2. Login My Bayar Saman di mybayar.rmp.gov.my
- Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
- Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang LOG MASUK
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman
3. Semakan saman trafik PDRM dan bayar di MyBayar Saman online
- Pastikan anda sudah berjaya login mengikut panduan yang kami kongsikan seperti di atas
- Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
- Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
- Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
- Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
- Akan tertera jumlah saman di bahagian bawah skrin
- Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit VISA / Master Card:
- Perbankan Atas Talian (FPX)
- Maybank2u
- CIMB Clicks
- RHB Bank
- Public Bank PB
- eHong Leong
- HLB Connect
- AffinOnlie
- AGRONet
- AmOnline
- i-Muamalat
- i-Rakyat
- myBSN
- HSBC Online Banking
- KFH Online
- OCBC Online Banking
- SC Online Banking
- UOB Internet Banking
- Perbankan Atas Talian (FPX – Bisnes)
- Kad Kredit
- Tekan butang Bayar Sekarang untuk teruskan proses bayar saman online
- Teruskan sehingga selesai
- Selepas siap semuanya, anda boleh muat turun resit pembayaran
Jika tidak muat turun sekarang, anda boleh semak email untuk download resit pembayaran pada masa akan datang
4. Pembayaran saman polis trafik untuk company
Pembayaran saman trafik di mybayar.rmp.gov.my adalah untuk kenderaan persendirian sahaja. Ini kerana anda hanya boleh memasukkan nombor Kad Pengenalan sahaja.
Buat masa ini, tiada ada ruang untuk memasukkan nombor pendaftaran syarikat bagi membolehkan bayar saman bagi pihak syarikat secara online.
Jadi, bagi anda yang ingin bayara saman untuk company, kami nasihatkan anda hadirkan diri di Cawangan Trafik yang berhampiran dan buat pembayaran di sana.
Akhir kalam
Kami menyambut baik atas inisiatif PDRM melancarkan MyBayar Saman ini.
Selain SSO PDRM yang boleh digunakan untuk check saman polis sebelum ini, kami rasa MyBayar Saman ini lebih canggih lagi. Antaramuka UI/UX sangat moden. Terasa seperti menggunakan sistem e-commerce dan bukan sistem tipikal kerajaan.
3 Comments
Leave a Reply3 Pings & Trackbacks
Pingback:iPINJAM: Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK 2021 | Semakan Keputusan
Pingback:Cara Daftar Bank Islam Online | Semakan Keputusan
Pingback:BANTUAN KHAS KEMATIAN COVID-19 | Semakan Keputusan