in

iPINJAM: Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK 2021

iPINJAM PINJAMAN PENDIDIKAN

iPINJAM: Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK 2021

Anak-anak Negeri Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara dialu-alukan memohon Pinjaman Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) 2021 menerusi sistem iPinjam.

Untuk makluman, SPPNK merupakan seksyen di bawah Jawatankuasa Akaun Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Fungsi utama SPPNK adalah menyalurkan sumbangan kepada anak Kedah yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS yang terpilih dan juga serta menyalurkan bantuan biasiswa persekolahan bagi mereka yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Oleh itu, pinjaman pendidikan SPPNK diperkenalkan bagi membantu anak-anak Kedah yang berkelayakan yang akan menyambung pengajian di IPTA dan IPTS yang terpilih.

Permohonan pinjaman pendidikan SPPNK ini dibuka mulai 15 Ogos sehingga 18 September 2021 menerusi sistem iPinjam.

Baca juga: cara bayar saman pdrm online

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM6,500.00 setahun manakala bagi pengajian di UNISHAMS pula adalah RM7,500.00 setahun.

 

Pinjaman yang diluluskan akan disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Bayaran Balik

Pemohon yang layak menerima pinjaam ini perlu membayar balik pinjaman pendidikan bermula 12 bulan selepas pelajar menamatkan pengajian.

Bayaran balik pinjaman dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta caj perkhidmatan 2% setahun ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.

Senarai IPT Layak Memohon

Pelajar yang menyambung di IPT berikut layak untuk membuat permohonan:

Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan.
Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti:
– Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
– Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST).
– Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
– Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).
– TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute.
– Universiti Selangor (UNISEL).
– Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

Pemohon atau Ibu atau Bapa dilahirkan di Kedah dan Warganegara Malaysia.
Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak disenarai hitam oleh SPPNK atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

Layari laman web sistem iPinjam iaitu https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam/login.php?a=NDczNDcy.
Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
Log masuk dengan memasukkan id pengguna dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Masuk.’
Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
Hantar permohonan jika semua maklumat telah diisi.

Soalan Lazim
Saya ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil/Diploma, adakah saya layak memohon?
Tidak. Hanya pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda layak memohon.

Adakah saya layak memohon walaupun pusat pengajian saya tidak tersenarai?
Tidak. Pemohon yang sedang menyambung pengajian di pusat pengajian yang disenaraikan sahaja layak memohon.

Saya merupakan pelajar pada tahun kedua tetapi masih tiada penaja. Adakah saya boleh memohon?
Boleh dengan syarat semasa permohonan dibuat, pelajar dalam pengajian Tahun 2 dan ke bawah (semester 4 dan ke bawah). Bagi pelajar Tahun 3 ke atas (semester 5 dan ke atas) tidak layak memohon.

Bolehkah saya membuat rayuan sekiranya permohonan awal saya tidak berjaya?
Boleh. Tempoh rayuan akan dibuka selepas tarikh semakan keputusan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Caj Perkhidmatan 2%?
Caj Perkhidmatan 2% adalah bayaran caj perkhidmatan yang dikira mengikut kadar 2% setahun ke atas baki pinjaman terkini setiap bulan.

Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan SPPNK, sila hubungi pihak SPPNK di talian 04-702 7272 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE

Cara Daftar Bank Islam Online