in

BANTUAN BAYI BARU LAHIR KEDAH 2021 RM100 (PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA)

BANTUAN BAYI BARU LAHIR KEDAH

BANTUAN BAYI BARU LAHIR KEDAH 2021 RM100 (PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA)

Jika anda mempunyai anak dan anak tersebut merupakan anak jati negeri kedah, jangan lepaskan peluang ini. Bayi kelahiran Kedah pada 2021 akan menerima sumbangan RM100 dalam bentuk Tabungan Simpan SSPN Prime melalui Program Anakku Sejahtera yang dilancarkan pada 10 Oktober 2021 (Ahad) oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Untuk pengetahuan anda,Kerajaan Kedah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada rakyat Kedah berpendapatan rendah yang memiliki anak dilahirkan mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2021.

Baca juga: Cara semak tunggakan dan baki ptptn online

BANTUAN BAYI BARU LAHIR KEDAH 2021 RM100

APA ITU PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA?

Program Anakku Sejahtera merupakan inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membantu golongan miskin di Kedah.

Hal ini kerana, Kerajaan Kedah sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan secara holistik dengan matlamat memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan ibu bapa atau mungkin datuk nenek mereka.

SYARAT PERMOHONAN

Bagi memastikan sumbangan RM100 ini sampai kepada golongan sasaran, Kerajaan Negeri Kedah telah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan sumbangan ini. Antaranya;

  • Bayi mestilah warganegara dan dilahirkan di negeri Kedah;
  • Ibu atau bapa lahir di negeri Kedah atau bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 sebulan dan ke bawah;
  • Permohonan perlu dilakukan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelahiran yang didaftarkan di sijil kelahiran.

CARA MEMOHON RM100 MELALUI PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA

Jika anda ingin memohon, anda boleh mendapatkan Borang permohonan dan maklumat lanjut berkaitan program ini boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

JUMLAH SUMBANGAN

jumlah RM100 setiap seorang.

BENTUK SUMBANGAN

Sumbangan akan dimasukkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime selepas permohonan diluluskan. Simpanan sebanyak RM100 akan dimasukkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime

 

SOALAN LAZIM

Bilakan program ini dilancarkan ?

Program ini dilancarkan pada 10 Oktober 2021 (Ahad) oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Siapakah yang layak memohon?

Ibu atau bapa lahir di negeri Kedah atau bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun dan mempunyai bayi berstatus warganegara dan dilahirkan di negeri Kedah;

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CHECK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL: Panduan Semak Balance Loan Toyota Secara Online

CHECK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL: Panduan Semak Balance Loan Toyota Secara Online